Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2023
Pentas Akhir Piala Emas Raja-Raja 2023 ialah perlawanan bola sepak untuk menentukan juara Piala Emas Raja-Raja 2023. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia bertempat di Stadium Darul Makmur di negeri Pahang. Pasukan PBM Pahang dan Terengganu FA merupakan dua pasukan yang akan merebut trofi kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini. Petrolife, syarikat berkaitan minyak dan gas tempatan merupakan penaja utama untuk perlawanan akhir ini.
Peristiwa | Piala Emas Raja-Raja 2023 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Tarikh | 10 Disember 2023 | ||||||
Tempat | Stadium Darul Makmur, Kuantan | ||||||
Cuaca | Berawan (26 °C (79 °F))[1] |
Perlawanan ini dianggap sebagai "Derbi Pantai Timur" kerana kedua-dua pasukan berasal dari kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia[2].
Pasukan layak
suntingBerikut di bawah adalah dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir.
Pasukan |
---|
PBM Pahang |
Terengganu FA |
Tempat
suntingStadium Darul Makmur dipilih sebagai lokasi perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2023. Stadium ini telah dibuka kepada umum pada tahun 1970 dan mampu menampung seramai 40,000 orang penonton dalam satu-satu masa. Stadium Darul Makmur ini merupakan stadium tuan rumah bagi pasukan Sri Pahang FC. Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia selaku penganjur kejohanan ini tidak mengenakan sebarang bayaran tiket masuk untuk menyaksikan perlawanan akhir ini[3].
Walaupun begitu, pemilihan Stadium Darul Makmur sebagai venue perlawanan akhir dipertikaikan jurulatih pasukan Terengganu FA, Adremy Indera Wan Adnan oleh kerana ia mungkin memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan PBM Pahang yang dianggap beraksi di laman sendiri[4].
Kuantan, Pahang | |
---|---|
Stadium Darul Makmur | |
Kapasiti: 40,000 | |
Latar belakang
suntingKedua-dua pasukan PBM Pahang dan Terengganu FA berada dalam kumpulan yang sama semasa peringkat kumpulan. Peringkat kumpulan berakhir dengan pasukan PBM Pahang muncul sebagai juara Kumpulan A yang mengumpul 9 mata hasil daripada 3 kemenangan. Manakala, pasukan Terengganu FA pula berada di tempat kedua, mengumpul 6 mata hasil daripada 2 kemenangan. Kedua-dua pasukan ini bertembung sesama sendiri semasa perlawanan ketiga pada 29 Oktober 2023 yang menyaksikan pasukan PBM Pahang menewaskan pasukan Terengganu FA dengan jaringan 2-0.
Memasuki peringkat kalah mati pula, pasukan PBM Pahang selaku juara kumpulan A bertemu pasukan Bomba FC yang merupakan naib juara kumpulan B di peringkat suku akhir. PBM Pahang berjaya menewaskan pasukan Bomba FC dengan agregat 4-2 dan menewaskan pasukan PBM Selangor di peringkat separuh akhir[2]. Pasukan Terengganu FA selaku naib juara kumpulan A bertemu pasukan PBM Pulau Pinang, juara kumpulan B. Terengganu FA berjaya menewaskan pasukan PBM Pulau Pinang dalam penentuan sepakan penalti dan PBM Kedah di peringkat separuh akhir[2].
Rujukan
sunting- ^ December 2023 Weather in Kuantan — Graph, timeanddate, dicapai pada 31 Oktober 2024
- ^ a b c Rahmi Jumriati Jono (10 Disember 2023). "Derbi Pantai Timur hangatkan aksi kemuncak edisi ke-101 Piala Emas Raja-Raja 2023". majoriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2023. Dicapai pada 31 Oktober 2024.
- ^ Firdaus Hashim (8 Disember 2023). "Masuk percuma saksi final Piala Emas Raja-Raja". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2023. Dicapai pada 31 Oktober 2024.
- ^ Mohd Rafi Mamat (11 Disember 2023). "Final Piala Emas Raja-Raja patut di stadium berkecuali". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2023. Dicapai pada 31 Oktober 2024.