Pentafsir (pengkomputan)

(Dilencongkan daripada Pentafsir masa jalanan)

Dalam bidang sains komputer, pentafsir adalah sejenis atur cara komputer yang menterjemah teks yang ditulis dalam sesebuah bahasa pengaturcaraan (biasanya bahasa pengaturcaraan aras tinggi kepada bahasa komputer lain dan terus melakukan suruhan tersebut (dipanggil pelakuan terus). Dalam erti kata lain, ia diterjemahkan atau dijalankan baris-demi-baris.

Bahasa pengaturcaraan yang boleh ditafsir atau dilengkapi dengan atur cara pentafsir dikenali sebagai bahasa tafsiran.

Kelebihan

sunting

Kelebihan pentafsir berbanding pengkompil adalah pengaturcaraan menggunakan pentafsir adalah lebih cepat dari segi masa. Sebabnya, pentafsir terus melakukan setiap skrip yang diterimanya berbanding menggunakan pengkompil di mana pengaturcara perlu mengumpul kod-kod sumber sebelum mendapat bentuk boleh laksana. Ciri ini juga sesuai untuk mencuba sesuatu kod sumber.

Perbandingan dengan pengkompil

sunting
Pengkompil Pentafsir
Melaksanakan keseluruhan kod sumber, mengumpul dan menyusunnya Menganalisis dan melaksanakan setiap baris kod secara berturutan
Hasil lebih efektif serta mudah disebarkan Kurang efektif dan agak sukar disebarkan
Proses pembetulan sukar dilakukan serta merta Memudahkan proses pembetulan dilakukan serta merta
Lebih cepat untuk melarikan program tetapi mengambil masa yang lama untuk mengompil dan melarikan Mengambil masa lebih lama untuk melarikan program tetapi lebih pantas untuk diterjemahkan.

Senarai beberapa pentafsir

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting