Penipuan kes penculikan Sherri Papini

Sherri Papini ialah seorang wanita Amerika Syarikat yang dikatakan hilang pada 2 November tahun 2016. Dia dilaporkan hilang semasa berjoging sejauh satu batu dari rumahnya di Redding, California.[1] Papini berumur 34 tahun ketika itu. Dia muncul semula tiga minggu kemudian pada Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day), 24 November, setelah dilaporkan dibebaskan oleh penculiknya pada jam 4:30 pagi dan ketika dijumpai, dia masih memakai tali yang digunakan untuk mengikatnya, di tepi County Road 17 berhampiran Interstate 5 di Yolo County, kira-kira 150 batu (240) km) ke selatan dari tempat dia dilaporkan menghilang. [2]

Kes itu mendapat perhatian dan liputan media utama pada waktu itu. Walaubagaimanapun pakar kes jenayah dari agensi penguatkuasa undang-undang menyatakan keraguan tentang kisahnya kerana butiran yang tidak mungkin dan kronologi kes yang tidak konsisten dengan kes penculikan yang biasa dilaporkan. Pada Ogos tahun 2020, Sherri masih tetap dengan ceritanya apabila disoal oleh ejen persekutuan dan detektif dari Pejabat Syerif Daerah Shasta. Dia menerima lebih $30,000 daripada Lembaga Pampasan Mangsa California antara 2017 dan 2021. Pada 3 Mac 2022, Papini telah ditangkap atas tuduhan persekutuan yang timbul daripada rekaan penculikan itu; dia dilaporkan telah tinggal bersama bekas teman lelaki, James Reyes, semasa dia dikatakan hilang dan telah mencederakan dirinya sendiri untuk memberi kepercayaan kepada pembohongannya.

Enam minggu selepas penahanannya, Sherri Papini telah menandatangani perjanjian pengakuan mengakui bahawa dia telah mendalangi penipuan itu.[3] Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan penipuan mel dan satu pertuduhan membuat kenyataan palsu. Pada September tahun 2022, dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan diikuti dengan tiga tahun pembebasan bersyarat (diselia), dan diperintahkan untuk membayar sejumlah $300,000 sebagai denda (termasuk pengembalian untuk menampung kos siasatan polis). [4]

Latar belakang

sunting

Sherri Louise Graeff dilahirkan pada 11 Jun 1982. Dia telah berkahwin dengan Keith Papini pada Oktober 2009. Pasangan tersebut mempunyai dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Pada 3 Mac tahun 2022, hari di mana Sherri ditangkap atas tuduhan persekutuan, pasangan itu sudah pun berpisah. Pada April tahun 2022, beberapa hari selepas Sherri mengaku bersalah atas tuduhan penipuan, Keith telah memfailkan perceraian daripada isterinya dan menuntut hak penjagaan tunggal anak-anak mereka.[5]

Garis masa

sunting

Suami Sherri, Keith Papini mula bimbang apabila dia pulang dari tempat kerjanya di Best Buy pada 2 November tahun 2016, dan tidak menemui isterinya di rumah. Dia akhirnya menggunakan aplikasi "Cari iPhone Saya" untuk mencari Sherri. Dia menjumpai telefon bimbit dan earphone telinganya di persimpangan Sunrise Drive dan Old Oregon Trail, kira-kira satu batu dari rumah mereka.[6]

Menurut Sheriff Shasta County, Tom Bosenko,[7] dalam temu bual Papini berkata dia ditahan oleh dua wanita Hispanik yang mengambil langkah untuk menyembunyikan wajah mereka daripadanya, sama ada dengan memakai topeng atau dengan menutup kepala Papini. Sherri Papini telah dicap di bahu kanannya dengan perkataan EXODUS semasa dia diculik.[8] Apabila penyiasat menyoal Sherri di keesokan hari, dia mendakwa bahawa ia kelihatan seperti ayat dari Kitab Exodus.[9] Menurut kenyataan [10] oleh suaminya Keith Papqini, Sherri telah didera secara fizikal semasa dalam tahanan penculiknya. Hidungnya patah dan rambutnya telah dipotong. Berat Sherri hanyalah 87 paun (40 kg) apabila dia dibebaskan.

Pada masa itu, sheriff berkata kes tersebut masih dalam penyiasatan aktif dan pihak berkuasa "sedang mencari kenderaan SUV berwarna gelap dengan dua wanita Hispanik bersenjatakan pistol." [11] Detektif telah mengarang hampir 20 waran geledah, termasuk beberapa di Michigan, dan berkata mereka sedang memeriksa rekod telefon bimbit, akaun bank, e-mel dan profil media sosial.[12][13] Pihak FBI turut memberikan bantuan dalam kes itu.[14]

Sherri Papini ditemui dengan DNA seorang lelaki dan perempuan pada dirinya, yang dimana kedua-dua sampel DNA tersebut didapati tidak sepadan dengan dirinya atau suaminya. FBI menjalankan pengesahan identiti sampel melalui Sistem Indeks DNA Gabungan (CODIS) dan tidak menemui sebarang padanan. Pada Mac 2022, dilaporkan bahawa DNA yang ditemui pada pakaiannya sepadan dengan bekas teman lelaki Sherri, James Reyes, yang mengesahkan bahawa Papini tinggal bersamanya di kediamannya di California Selatan semasa dia didakwa diculik.[15]

Pendakwaan, pengakuan bersalah, dan hukuman

sunting

Pada 3 Mac tahun 2022, Sherri Papini telah ditangkap oleh pihak FBI, kerana dituduh berbohong kepada ejen persekutuan dan memalsukan penculikannya untuk menghabiskan masa bersama bekas teman lelakinya, jauh dari suami dan keluarganya.[16][17] Pada April tahun 2022, enam minggu selepas penahanannya, Papini mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS di Sacramento atas satu pertuduhan membuat kenyataan palsu dan satu pertuduhan penipuan mel sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan; dia mengaku mendalangi penipuan itu. [3][4][18] Tiga puluh tiga lagi pertuduhan dalam penipuan mel telah digugurkan sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuannya.[18] Beberapa hari selepas pengakuan bersalahnya, suaminya memfailkan kes perceraian.[19]

Dalam perbicaraan hukuman pada September 2022, dia telah memohon maaf dan menerima tanggungjawab sepenuhnya.[4] Dalam penghujahan hukuman, peguamnya memetik isu kesihatan mental yang lalu sebagai penyumbang kepada tindakannya.[4] Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan diperintahkan untuk membayar $309,902, termasuk pembayaran balik untuk menampung siasatan polis berbilang negeri yang ditimbulkan oleh penipuan itu.[4][18] Papini dibebaskan dari penjara pada Ogos 2023 dan ditempatkan di sebuah rumah separuh jalan.[20]

sunting

Pada masa penculikannya yang dikatakan, kehilangan Papini dipaparkan secara meluas dalam berita nasional dan program jenayah sebenar, termasuk profil majalah People muka depan.[21] Saluran yang sama terus membuat liputan selepas penipuan itu disahkan, termasuk beberapa dokumentari jenayah benar, episod majalah berita dan siri podcast.

Filem skrip pertama berdasarkan penipuan itu ialah filem televisyen Lifetime pada tahun 2023 yang berjudul Hoax: The Kidnapping of Sherri Papini dengan Jaime King memainkan Sherri Papini. Detektif utama digambarkan sebagai wanita dan dimainkan oleh Lossen Chambers, manakala dalam kehidupan sebenar detektif utama ialah Syerif Daerah Shasta Sarjan Kyle Wallace.[22][23][24]

Papini juga dirujuk dalam rangkap ketiga lagu Eminem 2024 "Houdini".

Siri dokumentari khas oleh Hulu Perfect Wife: The Mysterious Disappearance of Sherri Papini telah disiarkan pada 19 Jun 2024. [25]

Lihat juga

sunting
  • Gone Girl, filem thriller psikologi 2014
  • Sindrom wanita putih hilang
  • Kes pengantin perempuan yang melarikan diri, penipuan penculikan 2005 di Georgia, Amerika Syarikat

Rujukan

sunting
  1. ^ Thorbecke, Catherine (November 24, 2016). "Missing California 'Super Mom' Found Alive, Bound by Road, Sheriff Says". ABC News. Dicapai pada November 30, 2016.
  2. ^ "Sheriff: Sherri Papini Was Kidnapped; Captors Still At Large". CBS Sacramento. November 24, 2016. Dicapai pada November 30, 2016.
  3. ^ a b Stanton, Sam (April 12, 2022). "California 'Super Mom' will admit her 'kidnap' was all a hoax, accept plea deal". Yahoo! News.
  4. ^ a b c d e "Sherri Papini: US woman who staged her own disappearance sentenced to 18 months". BBC News (dalam bahasa Inggeris). September 19, 2022. Dicapai pada September 20, 2022.
  5. ^ Romine, Taylor (April 22, 2022). "Husband of Sherri Papini, woman who faked 2016 kidnapping, files for divorce and child custody". CNN. Dicapai pada March 29, 2023.
  6. ^ "Sherri Papini Found Alive, Claims She Was Abducted by Two Hispanic Women". Inquisitr. November 29, 2016. Dicapai pada December 2, 2016.
  7. ^ "Full Text Of Nov 30 Press Conference About Sherri Papini's Abduction". CBS Sacramento. November 30, 2016. Dicapai pada November 30, 2016.
  8. ^ Heise, Sarah (November 7, 2017). "New video shows Sherri Papini moments before she was found". San Francisco Chronicle. Dicapai pada November 8, 2017.
  9. ^ "Sherri Papini- Feds detail how missing mom branded, starved self in 2016 kidnapping hoax". Kiro 7. March 9, 2022. Dicapai pada April 22, 2022.
  10. ^ Serna, Joseph (November 30, 2016). "Sherri Papini's husband might have compromised kidnapping probe with public comments, sheriff says". Los Angeles Times. Dicapai pada November 30, 2016.
  11. ^ "Papini found : At 5 minute and 35 second mark". November 25, 2016. Dicapai pada November 30, 2016 – melalui YouTube.
  12. ^ Sabalow, Ryan (November 25, 2016). "CA kidnapping: Questions remain after missing California mom Sherri Papini reappears". The Sacramento Bee. Dicapai pada November 30, 2016.
  13. ^ Adam Carlson (2017). How Detectives Continue to Dig on the Case of Calif. Mom Who Said She Was Abducted on a Jog, People. April 3, 2017. Retrieved June 17, 2017
  14. ^ Sabalow, Ryan (January 30, 2017). "Two months after Sherri Papini reappeared, here's what we know about the investigation". The Sacramento Bee. Dicapai pada June 17, 2017.
  15. ^ Dowd, Katie (March 6, 2022). "FBI affidavit unravels astounding claims about California mom Sherri Papini". SFGate.com. Dicapai pada January 28, 2023.
  16. ^ "Sherri Papini, accused of faking 2016 kidnapping, injured herself to further her hoax, feds say" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. March 4, 2022. Dicapai pada March 4, 2022.
  17. ^ Andone, Dakin (March 8, 2022). "California woman's alleged fake abduction cost the public hundreds of thousands of dollars, authorities say". CNN. Dicapai pada March 29, 2023.
  18. ^ a b c Sherri Papini Sentenced to 18 Months in Prison for Lying to Federal Agents About Being Kidnapped and Defrauding the California Victim Compensation Board, U.S. Department of Justice (September 19, 2022).
  19. ^ Hanlon, Greg; Pelisek, Christine; Herbst, Diane (April 22, 2022). "Sherri Papini's Husband Files for Divorce, Days After Her Guilty Plea in Kidnapping Hoax". People.
  20. ^ Neumann, Sean (28 August 2023). "Sherri Papini Released from Prison After Sentence for Faking Kidnapping". People.
  21. ^ Solis, Nathan (December 1, 2016). "National media descend on Redding for Papini case". Redding Record Searchlight. Dicapai pada April 25, 2022.
  22. ^ "We watched Lifetime's movie on Sherri Papini's fake kidnapping. Here's what it got right". Sacramento Bee. January 27, 2023.
  23. ^ Bobbin, Jay (January 27, 2023). "Lifetime movie dramatizes the Sherri Papini kidnapping 'Hoax'". Fort Wayne Journal Gazette. Zap2it. Dicapai pada January 29, 2023.
  24. ^ "Jaime King Explains What Made Her "Mad" About Sherri Papini's Hoax Kidnapping Case". E! Online. January 28, 2023.
  25. ^ Maglio, Tony (June 6, 2024). "Hulu Leaves No Stone Unturned in Trailer for Sherri Papini Docuseries". IndieWire. Dicapai pada June 6, 2024.

Pautan luar

sunting