Pengurus (bola sepak)
Dalam bola sepak, seorang pengurus bertanggungjawab untuk mengurus kelab bola sepak atau pasukan kebangsaan. Pengurus juga boleh berperanan sebagai jurulatih pasukan.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f2/Alex_Ferguson_02.jpg/220px-Alex_Ferguson_02.jpg)
Pengurus sebuah kelab profesional adalah bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi kelab.
Tanggungjawab
suntingTanggungjawab pengurus kelab bola sepak profesional biasanya adalah seperti berikut:
- Memilih pemain untuk perlawanan dan formasi mereka.
- Merangka strategi dan memberi arahan di atas padang.
- Memberi motivasi kepada pemain sebelum dan semasa perlawanan.
- Menyerahkan tugas kepada jurulatih pasukan utama, kakitangan kejurulatihan dan kakitangan perubatan.
- Mencarai bakat pemain muda tetapi berbakat untuk latihan dalam akademi belia atau pasukan simpanan dan menggalakkan perkembangan dan peningkatan mereka.
- Membeli dan menjual pemain semasa tingkap perpindahan termasuk meminjam pemain.
- Berdepan media semasa temu bual sebelum perlawanan dan selepas perlawanan.
Sesetengah daripada tanggungjawab diatas adalah dikongsi bersama pengarah bola sepak atau pengarah sukan dan pada masa-masa yang diwakilkan kepada pengurus atau penolong jurulatih.