Penglihatan warna
Penglihatan warna merupakan kebolehan suatu organisma atau mesin untuk membezakan objek berdasarkan panjang gelombang (atau frekuensi) cahaya yang dipancarkan atau dipantulkan. Sistem saraf kemudian mengesan warna dengan membandingkan gerak balas terhadap cahaya beberapa jenis penerima foto kon di dalam mata. Sel-sel kon ini peka terhadap bahagian yang berlainan dalam spektrum nampak. Julat spektrum nampak dan bilangan kon berbeza mengikut spesies. Bagi manusia, julat spektrum ini adalah di antara sekitar 380 hingga 780 nm (dari ultraunggu hingga ke inframerah), dan biasanya memiliki tiga jenis kon.
Warna memainkan peranan penting dalam penglihatan manusia. Pengenalan sesuatu objek boleh dibuat berdasarkan warna objek tersebut. Kod-kod jalan raya misalnya banyak menggunakan warna-warna tertentu bagi memudahkan dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
Penglihatan warna bagi manusia berkembang dengan baik sebaik sahaja manusia dilahirkan. Ini bermakna bayi berkebolehan membezakan warna sama seperti orang dewasa.
Masalah penglihatan warna
suntingKecacatan penglihatan warna selalunya berkait rapat dengan masalah pada sel-sel penerima retina. Kebanyakan penghidap masalah penglihatan warna tidak sedar masalah ini kerana beranggapan orang lain juga melihat warna sama sepertinya. Oleh itu, ujian penglihatan warna perlu dijalankan bagi mengenal pasti setiap individu yang mempunyai masalah rabun atau buta warna.
Masalah penglihatan warna selalunya adalah penyakit keturunan yang tidak boleh diubati, tetapi ada penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya rabun warna seperti kencing manis.
Ujian
suntingBagi memastikan sama ada seseorang itu benar-benar menghadapi masalah penglihatan warna, ujian-ujian tertentu boleh dijalankan.
- Ujian Ishihara – Buku ujian yang mengandungi angka simbol tertentu yang digabungkan dalam warna-warna tertentu.
- Ujian Farnworth D – 15 – Ujian penyusunan yang menglibatkan warna tertentu mengikut urutan yang ditetapkan.
- Ujian Latern – Ujian menamakan atau memadankan warna tertentu yang dilihat.
- Ujian anomaloskop