Al-Muhtadee Billah
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, rujukan kehormat "Duli Yang Teramat Mulia",[1] (diputerakan pada 17 Februari 1974)[1] merupakan Pengiran Muda Mahkota iaitu Putera Mahkota Brunei dan pewaris takhta Sultan Brunei. Duli Yang Teramat Mulia merupakan paduka anakanda Ke-3 kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri baginda, Raja Isteri Saleha.[2]
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | |
---|---|
Al-Muhtadee Billah; 2023 | |
Negara Brunei Darussalam
| |
Pemerintahan | 10 disember 1998 - kini |
Pendahulu | Sultan Hassanal Bolkiah |
Pasangan | Pengiran Anak Sarah |
Anakanda | |
Pengiran Muda Abdul Muntaqim Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah Pengiran Muda Muhammad Aiman Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raaihanul Bolkiah | |
Nama penuh | |
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah | |
Tempat persemayaman | Istana Nurul Iman |
Ayahanda | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah |
Bonda | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam |
Keputeraan | 17 Februari 1974 Bandar Seri Begawan, Brunei |
Agama | Islam Sunni |
Pendidikan
suntingDuli Yang Teramat Mulia melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada 1997 dalam jurusan pelajaran Islam.[perlu rujukan]
Perkahwinan
suntingPada 9 September 2004, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah telah diijabkabulkan dengan Pengiran Anak Sarah yang ketika itu berusia 17 tahun di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei.[2] Perkahwinan ini dijalankan secara besar-besaran dengan jumlah pembelanjaan sekitar 5 juta Ringgit Brunei (B$5 juta).
Hasil daripada perkongsian hidup Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Isteri, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dikurniakan 4 orang cahaya mata, iaitu dua orang putera dan seorang puteri. Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul , Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.[perlu rujukan] dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raaihanul
Biografi
sunting- Tanda Kesyukuran Dari Rakyat, 20 Februari 1974.
- Son and heir for Brunei Sultan (Paduka putera dan pewaris Sultan Brunei), oleh Bernard Long.
- 'Curahan Kasih', bersempena perkahwinannnya pada 9 September 2004.
Terasul dan kurniaan
suntingGelaran hormat bagi Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | |
Gaya panggilan | Duli Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Pengiran Muda Mahkota |
- 17 Februari 1974 – 10 Ogos 1998: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
- 10 Ogos 1998 – 25 Mac 2004: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
- 25 Mac 2004 – 24 Mei 2005: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Jeneral Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)
- 24 Mei 2005 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Jeneral Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)
Nama penuh rasmi dengan terasul ialah "Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah".[1][3] Nama ini digunakan dalam pertuturan dan penulisan rasmi bahasa Melayu di Brunei.
Kurniaan
suntingDuli Yang Teramat Mulia telah dikurniakan:[4]
Darjah kebesaran negara
sunting- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB, 15 Ogos 1982) [5]
- Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (Dato Paduka Seri) (DPKT, 31 Mei 2004)
- Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama (PHBS)
Darjah kebesaran asing
sunting- Malaysia
- Johor : Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I, 12 September 2023)
- Arab Saudi : First class of the Order of Abdulaziz al Saud (3 Januari 1999)
- Belanda : Grand Cross of the Order of the Crown (21 Januari 2013) [6]
- Filipina : Grand Cross of the Order of Lakandula (9 November 2006)
- Jordan : Grand Cordon Special class of the Supreme Order of the Renaissance (13 Mei 2008)
- Laos : Lian Kiatikhounh Medal of Honour of Laos (22 Mac 2006)
- Singapura : Darjah Utama Bakti Cemerlang (8 Mei 2006)
- United Kingdom : Honorary Knight Grand Cross of the Royal Victorian Order pada 17 September 1998 oleh Ratu Elizabeth II.
Keturunan
suntingRujukan
sunting- ^ a b c "Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri". www.jpm.gov.bn. Dicapai pada 5 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b "His Royal Highness The Crown Prince of Brunei Darussalam". www.bruneiresources.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Pengiran Ahmad, Dayangku Siti Redzaimi (21 Februari 2017). "DYTM berkenan menerima mengadap". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 5 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ The Royal Ark, Brunei genealogical details
- ^ Heir Couple of Brunei, Photo with State decorations[pautan mati kekal]
- ^ Annadellorusso
Pautan luar
sunting- Biodata Menteri Kanan di laman sesawang Jabatan Perdana Menteri
- (Inggeris) Profail Pengiran Muda Mahkota Brunei di laman sesawang Brunei Resources
Duli Yang Teramat Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Tarikh keputeraan: 17 Februari 1974
| ||
Kerabat diraja Brunei | ||
---|---|---|
Gelaran pemerintah | ||
Didahului oleh Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah |
Pengiran Muda Mahkota Brunei Pewaris Pertama Takhta Brunei 1998 - kini |
Pemegang jawatan kini Heir: Pengiran Muda Abdul Muntaqim |
Jawatan akademik | ||
Didahului oleh Jawatan Diwujudkan |
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri 2005 - kini |
Pemegang jawatan kini |