Pengiran Anak Mohamed Alam

Pengiran Pemancha

Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Mohammad Alam Ibni Pengiran Bendahara Abdul Rahman (18 Oktober 1918 - 14 Disember 1982) merupakan Speaker kedua bagi Majlis Mesyuarat Negara Brunei yang berkhidmat dari 14 Julai 1971 sehingga 30 November 1974.

Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah
Mohammad Alam
Speaker Majlis Mesyuarat Negara Brunei
Dalam jawatan
14 Julai 1971 – 30 November 1974
Raja Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Didahului olehPehin Dato Ibrahim Mohd Jahfar
Digantikan olehPengiran Haji Abu Bakar
Maklumat peribadi
Lahir(1918-10-18)18 Oktober 1918
Kampong Pengiran Bendahara Lama, Brunei
Mati14 Disember 1982(1982-12-14) (umur 64)
Bandar Seri Begawan
Tempat semadiKubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan
PasanganPengiran Hajah Besar
AnakPengiran Anak Zariah
Pengiran Anak Saleha
Pengiran Anak Mohammad Yusof
Pengiran Anak Puteh
Pengiran Anak Damit
2 yang lain
Tempat belajarKolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
Bidang pengkhususanAhli politik, Ahli kerabat diraja
Anugerah awam-

Almarhum merupakan ayahanda kepada Pengiran Anak Saleha, Isteri kepada Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Brunei.

Almarhum juga merupakan ayahanda saudara dan ayahanda mentua kepada Sultan.

Almarhum juga nenda kepada Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda Mahkota.

Kehidupan awal

sunting

Pengiran Anak Mohammad Alam diputerakan pada 18 Oktober 1918. Ayahanda baginda, Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, salah seorang Wazir di Brunei, merupakan adinda kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam II, menjadikannya sepupu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Adindanya, Pengiran Anak Damit berkahwin dengan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Pendidikan

sunting

Sebagai ahli kerabat diraja, Pengiran Anak Mohammad Alam memulakan pendidikan tidak rasminya di istana. Almarhum melanjutkan pelajaran di Tanah Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, bersama ahli kaum kerabat diraja yang lain.

Riwayat hidup

sunting

Pengiran Anak Mohammad Alam berkahwin dengan Pengiran Anak Hajah Besar (kemudian dikenali sebagai "Pengiran Babu Raja"). Mereka dikurniakan 9 orang anakanda; antaranya ialah Pengiran Anak Saleha, putera sulungnya, kemudian berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-29, juga putera buahnya. Puteri keduanya, Pengiran Anak Zariah berkahwin dengan Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, paduka adinda Sultan. Puteranya, Pengiran Anak Mohammad Yusof, kemudian dikenali sebagai Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar, married Pengiran Anak Puteri Norain, paduka adinda Sultan.

Puteranya, Pengiran Anak Mohammad Yusof, mangkat pada 13 Disember 2004. Puterinya, Pengiran Anak Hajah Damit, mangkat disebabkan barah ketika berusia 51 tahun pada 19 Ogos 2007.

Kerjaya politik

sunting

Pengiran Anak Mohammad Alam pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Tanah dan Pejabat Kehakiman. Almarhum telah dilantik sebagai hakim setelah sebelas tahun berkhidmat dalam kerajaan negeri. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai Pengetua Jabatan Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan. Almarhum kemudian menjadi Yang Dipertua Adat Istiadat sebelum menjadi Speaker Majlis Mesyuarat Negeri.[1] Almarhum juga pernah menjadi Pemangku Raja pada tahun 1959, 1964, 1967, 1977 dan 1978.

Speaker Majlis Mesyuarat Negeri

sunting

Sebagai penghormatan atas sumbangannya kepada Negeri, Almarhum dilantik sebagai Speaker kedua Majlis Mesyuarat Negeri, menggantikan Ibrahim bin Mohammad Jafar yang kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 1971. Almarhum mengangkat baiat pada 13 Julai 1971 dan berkhidmat dari 14 Julai 1971 sehingga 30 November 1974.

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Untuk mengiktiraf khidmatnya, Almarhum telah dikurniakan DK., SPMB., DPNB., POAS., PHBS., PJK., OBE. Pada 27 Julai 1950, Almarhum dimasyhurkan dan diarak sebagai Wazir. Almarhum memegang gelaran "Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah". Almarhum dianugerahkan dengan gelaran Duli Pengiran Pemancha, Wazir Kedua, Negeri Brunei oleh Sultan Brunei.[2]

Kemangkatan

sunting

Almarhum mangkat pada hari Jumaat, 14 Disember 1982, pada usia 69 tahun. Almarhum dimakamkan di Jalan Tutong.

Tempat sempenanya

sunting

Beberapa tempat telah dinamakan sempenanya, termasuk:

  • Terdapat satu jalan di Brunei seperti Jalan Pemancha yang dinamakan sempenanya yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Keturunan

sunting

Rujukan

sunting
  • Susur Galur Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam, 1999.
  1. ^ "Undang2 Baharu Majlis Ugama dan 'Adat Istiadat Brunei" (PDF). Pelita Brunei. 1 Mac 1956. m/s. 8. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  2. ^ "9 Pembesar di Borneo Dikurniakan Gelaran Tahun Baharu" (PDF). Pelita Brunei. 15 Februari 1956. m/s. 15. Dicapai pada 21 Mei 2018.