Pembekalan kuasa elektrik

(Dilencongkan daripada Penghantaran elektrik)

Pembekalan kuasa elektrik ialah satu sistem perhubungan untuk menghantar kuasa elektrik kepada pengguna, sama ada untuk kegunaan perindustrian, perumahan dan lain lain.

Talian penghantaran
Rajah sistem elektrik.

Biasanya di dalam satu sistem elektrik, sistem grid digunakan dalam talian penghantaran kuasa elektrik berperanan untuk mengalirkan kuasa elektrik dari satu tempat ke satu tempat dengan optimum dan cekap.

Di Semenanjung Malaysia, talian penghantaran (transmission line) kuasa elektrik adalah dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Sistem penghantaran di Malaysia menggunakan sistem penghantaran elektrik AC talian tiga fasa yang berkuasa 500 kV, 275 kV, 132 kV, atau 66 kV yang menjadi penghubung daripada janakuasa kepada sistem pengagihan. Frekuensi yang digunakan pula ialah 50 Hertz.

Rekaan sistem penghantaran ini direka kebanyakannya menggunakan sistem arus ulang alik. Ini adalah kerana sistem ulang alik dapat "langkah naik" (step-up) atau "langkah turun" (step-down) kuasa elektrik tersebut dengan bantuan transformer. Selain itu, sistem ini lebih mampu menghantar tenaga elektrik dalam jarak jauh lebih efisen berbanding sistem arus terus.

Pada zaman sekarang, sistem HVDC (arus terus voltan tinggi) digunakan dalam sesetengah negara dalam pembekalan kuasa. Namun, sistem ini memakan kos yang tinggi.

Talian penghantaran elektrik dibina sama ada di terowong bawah tanah mahupun merentasi ruang udara. Disebabkan keperluan keselamatan yang tinggi, kabel bawah tanah memerlukan pembinaan yang rapi dan kos pembinaan kabel bawah tanah boleh jadi berlipat ganda sekiranya di banding dengan pembinaan talian di ruang udara.

Talian penghantar elektrik di ruang udara terdiri daripada wayar yang disangkutkan dengan pemuat (capacitor), dan digantung kepada tiang. Pemuat tersebut biasanya diperbuat dengan seramik yang dapat menahan haba dan julat elektrik tenaga elektrik yang dihantar. Sumber: https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com