Penghadaman
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di en (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Pencernaan (kata dasar cerna چرنا dari bahasa Sanskrit जीर्ण jīrṇa[1]) atau penghadaman (kata dasar hadam هضم terbitan kata kerja Arab هَضَمَ hadhama) ialah pemecahan makanan secara mekanik dan kimia kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mudah diserap ke dalam salur darah, sebagai contoh. Pencernaan ialah satu bentuk katabolisme, iaitu pemecahan molekul makanan yang besar kepada yang lebih kecil.
Apabila makanan memasuki mulut, pencernaan bermula dengan proses pengunyahan, iaitu sejenis pencernaan mekanik, dan persentuhan dengan ludah. Ludah yang dirembeskan oleh kelenjar ludah mengandungi enzim amilase ludah yang memulakan pencernaan kanji dalam makanan.
Setelah menjalani pengunyahan dan pencernaan kanji, makanan bertukar menjadi bentuk gumpal buburan yang kecil dan bulat iaitu bolus. Kemudian, bolus menuruni esofagus ke dalam perut menerusi tindakan peristalsis. Jus gastrik dalam perut mula mencerna protein. Jus gastrik terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin. Oleh sebab dua bahan kimia ini boleh mengakis dinding perut, mukus dirembeskan oleh perut untuk membentuk lapisan melekit yang bertindak sebagai pelindung daripada kesan kakisan bahan-bahan kimia tersebut. Pada masa yang sama, pencernaan protein sedang dijalankan, pencampuran mekanik berlaku secara peristalsis iaitu pengecutan otot berulang-ulang yang bergerak di sepanjang dinding perut. Ini membolehkan gumpalan makanan untuk bercampur lagi dengan enzim-enzim pencernaan.
Selepas seketika, terhasilnya bendalir pekat yang dipanggil kimus. Apabila injap sfinkter pilorus membuka, kimus memasuki duodenum di mana di bercampur dengan enzim-enzim pencernaan dari pankreas, kemudian melalui usus kecil di mana pencernaan bersambung. Apabila kimus dicernakan sepenuhnya, a diserap ke dalam darah. 95% penyeraan nutrien berlaku dalam usus kecil. Air dan mineral diserap semula ke dalam darah di dalam usus besar di mana pH-nya sedikit berasid pada sekitar 5.6 ~ 6.9. Sesetengah vitamin seperti biotin dan vitamin K (K2MK7) yang dihasilkan oleh bakteria di dalam usus besar juga terserap ke dalam darah di usus besar.[2] Bahan buangan disingkirkan dari rektum ketika peninjaan.[3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Sarkar, H. B. (Dis 1969). "The language and literature of ancient Indonesia and Malaysia". Journal of Indian History. XLIV (III): 669.
- ^ Functions of the colon
- ^ Maton, Anthea (1993). Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall. ISBN 0-13-981176-1. OCLC 32308337. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)