Pengguna:Ustaz lah/Kotak pasir
UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN , IPGK PEREMPUAN MELAYU , MELAKA
suntingUnit Latihan dalam Perkhidmatan dikenali juga sebagai ULDP berfungsi sebgai pemangkin yang bertanggungjawab untuk meningkatkan perkembangan professionalisme dari segi kemahiran, pengetahuan kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru-guru di sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka.
PENGENALAN
suntingUnit Latihan dalam Perkhidmatan dikenali juga sebagai ULDP kini, beroperasi di Tingkat 1, Anjung Hikmah, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Unit ini berfungsi sebgai pemangkin yang bertanggungjawab untuk meningkatkan perkembangan professionalisme dari segi kemahiran, pengetahuan kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru-guru di sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka, khususnya. ULDP berperanan merancang dari segi pengurusan dan pelaksanaan bagi menentukan latihan berasaskan matriks kompetensi kepada guru-guru pra perkhidmatan melalui program/kursus Latihan Dalam Perkhidmatan sejajar dengan matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
LATAR BELAKANG
suntingPengurusan, perancangan dan pentadbiran berkaitan latihan bermula dengan penubuhan jawatankuasa :
Jawatankuasa Latihan Kemajuan Staf (1993 – 2007)
suntingDalam usaha untuk meningkatkan mutu latihan perguruan, pihak maktab memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai kefahaman dan kebolehan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan profesion perguruan. Jawatan kuas.a Latihan Dalaman ini ditubuhkan sebagai usaha untuk meningkan keupayaan profesionalisme pensyarah.
Jawatan kuasa Latihan Dalaman ini ditubuhkan sebagai satu badan yang berusaha untuk meningkatkan keupayaan profesionalisme pensyarah maktab dan staf sokongan mengikuti perubahan dan pembaharuan yang berlaku terutamanya dalam pendidikan. Pelbagai aktiviti dan latihan akan dilaksanakan untuk menjamin perkembangan staf yang berkesan.
Jawatankuasa Tadbir Urus - Unit Latihan Dalam Perkhdimatan (2008– kini)
suntingInstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ialah sebuah institut di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap latihan perguruan di IPG. Sehubungan itu, IPGM sentiasa mengambil daya usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan akademik guru melalui Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS).
Kursus ini merupakan mekanisme penting untuk guru meningkatkan tahap akademik, memantapkan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan dan membangunkan diri supaya sentiasa bersedia menghadapi perubahan dalam pendidikan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) ialah pihak pengurusan yang melaksanakan LPS di IPG.
Unit ini berperanan merancang dan mengendalikan pelbagai kursus atau program untuk seluruh staf (akademik dan bukan akademik) serta pegawai perkhidmatan pendidikan menerusi program yang sedia ada seperti kursus-kursus dalam perkhidmatan jangka panjang dan jangka pendek. Kursus-kursus yang dikendalikan melibatkan kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme keguruan.
VISI ULDP
suntingMemberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas kini dan cemerlang ke arah meningkatkan kecemerlangan profesionalisme keguruan.
VISI OBJEKTIF KUALITI ULDP
sunting- 90% daripada perancangan latihan pemIbangunan staf adalah berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan.
- 90% daripada Latihan Pembangunan Staf yang dirancang dilaksanakan dengan mengambil kira LPS tambahan.
MISI ULDP
suntingSentiasa bersedia dengan penuh komitmen dan professional dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidik negara menerusi penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan kemahiran komprehensif serta dinamik.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan berhasrat untuk :
sunting- Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi oerubahan semasa dalam sistem pendidikan negara.
- Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa yang berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah dan menengah.
- Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, kemahiran berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF ULDP
sunting- Merancang kursus bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme pensyarah untuk perkembangan potensi kendiri secara menyeluruh dan berterusan selaras dengan aspirasi negara.
- Mengadakan kursus motivasi untuk semua staf bagi meningkatkan produktiviti kerja masing-masing dalam memantapkan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum pendidikan guru.
- Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini, kemahiran berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu profesionalisme mereka supaya menjadi guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif dan berkebolehan dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
- Menanam sikap positif di kalangan semua pensyarah dan staf sokongan supaya mutu kerja dapat dipertingkat.
- Mendedahkan pensyarah kepada isu-isu dan kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam memperkasakan budaya ilmu untuk menghadapi cabaran semasa.
- Meningkatkan kerjasama pensyarah-pensyarah dan staf sokongan dalam melaksanakan tugas dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan yang berintegiriti.
SEJARAH ULDP , IPGK PEREMPUAN MELAYU , MELAKA
suntingFungsi ULDP terus beranjak seiring dengan perubahan fungsi perkembangan semasa, apabila kolej ini menukar namanya beberapa kali.
Bermula dengan Malay Women's Training College (MPPM) Kolej Latihan Wanita Malayu, diikuti oleh Malay Women Teacher's Institute (IPPM), yang kemudiannya diketahui berkuat kuasa pada 25 Ogos 2008, sebagai Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu Melaka.
MWTC | IPPM | IPGK PM |
---|---|---|
Sejak penubuhannya, institut ini telah berpuluh puluh ribu guru pelatih, yang mengambil tugas mengajar anak-anak yang berjaya dalam menghasilkan, bidang pendidikan guru yang cemerlang, tetapi juga dalam bidang pendidikan. Pada peringkat awal penubuhannya sehingga tahun 1995, graduan kolej dianugerahkan Diploma dari 1996 hingga 2004.
Mulai Julai 2005 selaras dengan peningkatan latihan perguruan tinggi, telah dianugerahkan Ijazah Bachekor dalam Pengajaran. Seiring dengan itu , fungsi LDP turut terpalit sama.
Sekitar tahun 1993 Unit Latihan telah ditempatkan di sebuah bangunan sendiri, dinamakan dengan bangunan “Kursus Dalam Perkhidmatan” terletak di Anjung Hikmah. Bangunan yang dibina tahun 1992 ini memperuntukkan sebuah bangunan khas satu-satunya maktab perguruan yang mempunyai bangunan khusus untuk melatih guru-guru menjalani kursus perguruan , MPPM telah merancang menyediakan :
Pusat Latihan Pra Perkhidmatan Keguruan Pusat Latihan Dalam Perkhidmatan untuk sekolah (rendah, menengah & institusi swasta). Bagi KSPK, kursus yang telah dijalankan selama dua tahun berturut-turut dikekalkan yang merangkumi kursus : -
- Teknologi Maklumat
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Khas
- Kesusasteraan dalam BM (Menengah)
- Bimbingan dan Kaunseling
Tahun 2011 pejabat ULDP telah ditempatkan di tingkat bawah, Wing Kanan, Anjung Hikmah.
Awal tahun 2013, sekali lagi ULDP berpindah lokasi ke bangunan bersebelahan dengan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JaPIM )sehingga Jun 2016.
Awal tahun 2017 pentadbiran ULDP berpindah semula ke Anjung Hikmah , tingkat 1.
Bertepatan dengan fungsi pengurusan latihan, ULDP telah diberikan tanggungjawab menguruskan pentadbiran dan pengurusan LPS. Bertitiik tolak dengan perubahan yang bakal berlaku dalam proses penguraian IPG seiring dengan Transformasi Pendidikan di kementerian, konsep satelit kampus telah diperkenalkan. Fungsi ULDP telah digerakkan berteraskan konsep kerjasama integrasi kursus CPD antara jabatan-jabatan di IPGK PM dengan Pejabat pendidikan Daerah (PPD) Melaka.
Kerja-kerja penyediaan bilik untuk CPD sedang dilakukan oleh staf IPGK PM.
Sejajar dengan itu, tujuh buah bilik latihan yang terletak di Kiri Tingkat 1 Anjung Hikmah telah diserahkan kepada pihak pengurusan ULDP dan bilik-bilik ini telah diberi nama dengan Bilik Mawar 1 hingga Bilik Mawar 7. Sekitar tahun 2017, kebanyakan siri latihan dijalankan di bilik tersebut.
KURSUS YANG PERNAH DIANJURKAN
suntingA. Kursus Pendek Kelolaan Maktab ( KPKM / INSET )
suntingTerdapat ubahsuai pada beberapa aspek pelaksanaan kursus, antaranya tentang pemilihan kursus yang telah ditentukan berdasarkan analisis keperluan peringkat sekolah rendah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Lokasi kursus diuabhsuai yang mana sebelum ini tertumpu di MPPM, telah dijalankan sebahagian kursus ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) seluruh negeri Melaka.
Perubahan ini adalah untuk memungkinkan lebih ramai guru dapat mengikuti kursus yang disediakan. Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan,
JPN telah dilantik sebagai penyelaras segala perbincangan dan mesyuarat antara JPN dan MPPM untuk memilih dan menguruskan surat panggilan kepada peserta kursus.
Objektif Kursus Pendek Kelolaan Maktab
sunting- Memberi pendedahan kepada peserta terhadapa perubahan dan pembaharuan yang sedang berlaku dalam pendidikan
- Berkongsi pengetahuan dan kemahiran baharu dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan peningkatan pendidikan
- Mempertingkatkan sikap positif, kreatif dan inovatif dalam kalangan peserta kursus.
- Menyediakan golongan profesional yang boleh menimbulkan kesan gandaan dalam bidang keguruan.
- Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam dan di luar bilik darjah
B. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LDP )
suntingSekitar tahun 2001 beberapa pengubahsuaian dalam pelaksanaan kursus telah dibuat berdasarkan analisis keperluan di peringkat sekolah dan juga dengan JPN Melaka.
Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk Latihan Dalam Prkhidmatan (LDP). KPKM sebelumnya dijalankan dalam maktab sahaja. Sebahagian kursus dijalankan di peringkat zon seperti Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin. Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dianjurkan oleh setiap jabatan di maktab
Kerjasama yang baik dari JPN Melaka dan menerima sambutan menggalakkan dari sekolah rendah dan menengah.
C. Kursus Sijil Perguruan Khas ( KSPK )
suntingKursus ini dijalankan selama setahun untuk guru-guru yang telah mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kursus ini lebih kepada peningkatan profesionalisme guru-guru yang ingin menambah lagi pengetahuan dengan lebih mendalam dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang ada di sekolah. Antara kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPGK Perempuan Melayu ialah :-
- Teknologi Maklumat
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Khas
- Kesusasteraan dalam BM (Menengah)
- Bimbingan dan Kaunseling
D. Kursus Dalam Perkhidmatan ( KDP )
suntingKursus Dalam Perkhidmatan (KSP) 14 Minggu ini telah dirancang bagi tujuan melatih guru-guru sekolah untuk menjayakan proses transformasi pendidikan di sekolah. Pelaksanaan kursus ini berorientasikan developmenal process.
Peserta kursus terdiri daripada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains sekolah rendah dan menengah.
Objektif Kursus Dalam Perkhidmatan14 Minggu
sunting- Merancang dan menggubal pakej pembelajaran mengikut kurikulum bestari.
- Memudah dan menguruskan pembelajaran murid melalui pelbagai strategi inovatif dan kreatif.
- Mengapklikasi dan mengintegrasikan teknologi seperti internet, multimedia, komunikasi digital dalam PdP.
- Menggunakan bilik darjah yang berkemudahan teknologi multimedia.
RUJUKAN
sunting- Cadangan Keperluan Blok KDP. (Dis. 1991). Melaka: MPPM. Unpublished
- Kementerian Pelajaran Malaysia. Garis Panduan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia : KPLI dan KDPM. 2007. Ed. Penceramah. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru.
- Kementerian Pelajaran Malaysia. Garis Panduan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia : KPLI dan KDPM. 2008. Ed. Penceramah. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru.
- Kursus Pendek Dalam Perkhidmatan: Iin services training INSET. (Mei,1998). Melaka: MPPM. Unpublished
- Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan Perempyab Nelayu Melaka. (2008). MPPM. Unpublished
- Laporan Tahunan 1997. Melaka: MPPM. Unpublished.
- Laporan Tahunan 2000. Melaka: MPPM. Unpublished.
- Laporan Tahunan 2001. Melaka: MPPM. Unpublished.
- Laporan Kursus : Program Perkhidmatan berkesan. (1997). Cardiff: School of Education , University of Wales. Unpublished.
- Pemantauan Program Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (Bahasa Melayu). MPPM. Unpublished.
- Sejarah Lisan : mengenai Sejarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bersama Pn Zahara bt nohd Kassim. 5 Mac 2018. Unpublished.