Pengguna:Najib Asaddok/Kotak pasir

Mohd Najib Bin Asaddok

sunting

Mohd Najib Bin  Asaddok adalah jurulatih usahawan dalam bidang pemasaran digital yang berasal dari Malaysia.

Mohd Najib Bin Asaddok
 
Kelahiran5-April-1983
Benut, Pontian, Johor Darul Takzim
StatusBerkahwin
PekerjaanKetua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd & Momentum Digital Sdn Bhd, Online Rocket Marketing (ORM)
PasanganNuruliyzah Binti Rahiman

Najib Asaddok berasal dari Benut, Pontian, Johor Darul Takzim dan berketurunan Bugis dan Cina. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik.

Pada usia beliau 11 tahun, ayah beliau telah kembali ke rahmahtullah. Oleh itu, beliau bersama-sama ibu dan adik beradik tinggal bersama datuknya yang juga berada di Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

Semenjak di usia muda lagi, beliau sudah mula berminat dengan dunia perniagaan. Antara perniagaan yang beliau jalankan semenjak kecil lagi adalah menjual kacang dan membuka kafe siber di rumah. Selain minat berniaga, sumber rezeki dari meniaga inilah yang beliau gunakan untuk membantu ibu beliau membesarkan adik-beradik dan menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Kehidupan Awal

sunting

Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Benut pada tahun 1990 dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup pada tahun 1996.

Manakala, dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, pada Tingkatan 4 beliau akhirnya dapat menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor Darul Takzim.

Pendidikan

sunting

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Di ketika inilah, minat beliau di dalam perniagaan semakin membuak-buak.Beliau sering berfikir tentang cara untuk mewujudkan sesebuah perniagaan dan memiliki duit sendiri. Antara bidang perniagaan yang pernah beliau ceburi diketika ini adalah menjual minyak hitam, menjual penapis air, dan menjual berbagai lagi produk kesihatan.

Kemudian, pada tahun 2019, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Anglia Ruskin University, UK dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.Semangat dan sifat dahagakan ilmu mendorong Najib Asaddok untuk terus melanjutkan pelajaran tahun demi tahun.

Dan kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Kerjaya

sunting

Momentum Internet Sdn Bhd

sunting

Pada tahun 2014, Najib Asaddok memulakan langkah berserta ilmu dan pengalaman yang dimilikinya untuk membantu lebih ramai usahawan dalam bidang pemasaran digital dan penghasilan kandungan di media sosial untuk membangunkan jenama dengan lebih kukuh.

Sebagai pengasas Momentum Internet Sdn Bhd, beliau sentiasa berusaha memimpin syarikat ini ke arah mencapai kejayaan yang lebih besar. Melalui kombinasi pengalaman praktikal dan pembelajaran secara formal, beliau menguruskan operasi syarikat, merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan, serta memimpin pasukan dengan berkesan.

Momentum Digital Sdn Bhd

sunting

Dengan memahami isu-isu yang dihadapi oleh usahawan dalam menerajui transformasi digital bagi perniagaan mereka, beliau bertekad untuk memperkuat pertumbuhan melalui strategi digital.

Oleh itu, Momentum Digital Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat untuk membantu usahawan dalam pengurusan media sosial, pembangunan web korporat, pemasaran email, penyusunan marketing funnel dan media produksi. Melalui Momentum Digital Sdn Bhd, beliau berusaha untuk membantu perniagaan menghadapi cabaran digital dengan memperkenalkan strategi dan inovasi digital yang relevan.

Pencapaian

sunting

Kini, Najib Asaddok telah pun melatih lebih 80,000[1] peserta sepanjang program yang dijalankan secara talian dan bersemuka. Selain itu, terdapat usahawan yang dibimbing secara dekat di bawah keahlian yang dipanggil Ultimate (pakej tertinggi) dan Platinum.

Kini, terdapat sebanyak 80 lebih usahawan keahlian Ultimate dan lebih 1, 900 usahawan dari keahlian Platinum yang telah dibantu beliau secara dekat sehingga jualan mereka mencapai ribuan dan jutaan ringgit Malaysia.

Kini, Najib Asaddok dan pasukan Momentum Internet Sdn Bhd telah membina usahawan Ultimate yang dibimbing secara dekat ini mencapai portfolio jualan keseluruhan mereka sebanyak RM487,606.96 pada tahun 2021.

Disamping itu, Najib Asaddok juga merupakan seorang penulis, antara buku-buku hasil idea, pengetahuan serta pengalaman beliau adalah;

  • Buku Roket Emel
  • Buku Roket Bisnes
  • Buku Momentum Bisnes
  • Buku 33 Benda Saya Nak Cakap
  • BUku Roket Pemasaran Momentum
  • Buku 4 Turbo Copywriting
  • Buku Buat Jer! Segalanya Berubah
  • RACE Strategi Digital Marketing

Penglibatan

sunting

Beliau pernah dipanggil oleh beberapa pihak seperti Maxis, SME Corp, OMNIA USB, INSKEN dan juga dari Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang Online & Digital Marketing.

Selain itu, beliau pernah diundang untuk memberikan perkongsian di beberapa badan kerajaan & Universiti seperti MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan banyak lagi. Beliau juga ditemuramah beberapa media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi O TV9, Selamat Pagi Malaysia, Astro, Sinar Harian & Majalah Remaja untuk berkongsi pengalaman beliau kepada para usahawan.

Pengalaman beliau juga telah mendapat pengiktirafan diperingkat Malaysia dan juga antarabangsa. Di samping itu, beliau juga membantu peniaga melalui siri latihan online di Facebook, Youtube & siri emel kepada ramai usahawan.

Latihan Professional

sunting

Najib Asaddok kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam Doctor of Business Administration (DBA) di Open University Malaysia (OUM). Ijazah ini merupakan ijazah doktor profesional yang direka khas untuk pengurus dan eksekutif yang ingin meningkatkan amalan profesional mereka serta memperdalam pengetahuan, kemahiran, dan kepimpinan dalam pentadbiran perniagaan melalui kajian dan penyelidikan yang intensif.

Beliau juga telah mendapatkan latihan-latihan untuk membantunya memperolehi maklumat dengan lebih luas bagi meningkatkan kerjaya, pengetahuan dan pengalaman professionalnya. Antara latihan-latihan yang dijalani beliau adalah;

  • Kursus di Kellog University, Illinois mengenai Strategi Pemasaran Digital: Data, Automasi, Kecerdasan Buatan, dan Analitik.
  • Program sijil dalam pemasaran digital di Kellogg School of Management, Northwestern University.
  • Traffic & Conversion Summit 2018 di San Diego, dan Content & Commercial Summit 2017 di Los Angeles, CA, yang merupakan sebuah konferensi yang membincangkan dan mempelajari aspek paling penting dalam pemasaran digital serta bagaimana merancang strategi pemasaran dalam talian untuk memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan.
  • Menghadiri RISE Conference di Hong Kong, China untuk berinteraksi dengan pakar-pakar industri, menjalin hubungan perniagaan, dan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang trend dan inovasi terkini dalam industri teknologi.
  • Program Titanium Premier yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd untuk meningkatkan dan memperluas perniagaan kepada tahap yang lebih tinggi melalui rangkaian pembimbingan, latihan, dan kelas-kelas yang diberikan.

Bagi Najib Asaddok, sebagai usahawan, pengembangan diri dan peningkatan pengetahuan adalah aspek penting dalam mencapai kejayaan. Oleh itu, beliau sangat komited untuk terus belajar dan berinovasi untuk memenuhi keperluan pasaran yang berubah dengan sangat pantas.

Anugerah Dan Pengiktirafan

sunting

Berikut merupakan anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh beliau sebagai usahawan penggerak kepada inovasi pemasaran digital;

  • Marketing 2.0 - Outstanding Leadership Award Dubai, UAE 2022.[2]
  • OMJ 2021 Icon Award 2021 (Icon Entrepreneurship)[3]
  • The Brandlaureate The Word’s First SMEs Best Brand e-Branding 2020[4]
  • Nona Best Media Social Trainer Award 2018[5]
  • 100 Most Influential Youth Entrepreneurs 2017[6]
  • Kluang Entrepreneur Award 2016

Pautan Media

sunting
  1. Momentum Bisnes 2022: Inisiatif pacu perniagaan dan jualan usahawan.
  2. Najib Asaddok Encourage SMEs To Explore Opportunities And The Potential Of Digital Marketing.
  3. Misi Besar Najib Asaddok.
  4. Maxis Anjur Persidangan Maya Spark UsahaWIRA Perkasakan Pendigitalan PKS.
  5. Kerjasama OmniaUSB, Harian Metro bantu usahawan mikro, PKS bangkit.
  6. PKP bukan halangan, lebih 30 usahawan kongsi rahsia bergelar jutawan.
  7. Peniaga ketinggalan kerana jahil ilmu media sosial.
  8. Nasihat Najib Asaddok Tentang Menthor.

References

sunting