Pengguna:Jeluang Terluang/sandbox
Ini merupakan kotak pasir pengguna bagi Jeluang Terluang. Kotak pasir pengguna ialah sublaman bagi laman pengguna. Ia berfungsi sebagai tempat untuk membuat ujian dan ruang pembangunan laman untuk pengguna dan ia bukanlah rencana ensiklopedia. Cipta atau sunting kotak pasir anda sendiri di sini. Kotak pasir lain: Kotak pasir utama | Kotak pasir tutorial 1, 2, 3, 4, 5 | Kotak pasir templat Menulis suatu rencana dan bersedia untuk memohon untuk ia dicipta? |
Kebakaran Gunung Baling ialah kejadian kebakaran hutan di puncak Gunung Baling, juga dikenali sebagai Gunung Pulai, yang bermula pada 11 Februari 2016. Ia dikatakan berpunca daripada kecuaian pendaki yang membakar sampah sehingga api merebak ke pokok-pokok di sekitarnya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) apabila kebakaran tersebut semakin merebak. Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan pada 14 Februari.
Kebakaran kedua telah berlaku pada 23 Februari 2016. Operasi pemadaman berlangsung sehingga 26 Februari 2016. Kebakaran kedua dipercayai berpunca daripada bara api yang tidak dipadamkan sepenuhnya daripada kebakaran pertama yang merebak ke kawasan hutan yang lain. Ia juga dikatakan bermula akibat api memasak yang tidak dipadamkan sepenuhnya oleh pendaki.
Latar belakang
suntingGunung Baling atau Gunung Pulai ialah sebuah gunung yang terletak berdekatan pekan Baling, Kedah.
Kebakaran pertama
suntingKebakaran pertama berlaku dari 11 Februari 2016 hingga 14 Februari 2016.
Kebakaran kedua
suntingKebakaran kedua berlaku dari 23 Februari 2016 hingga 26 Februari 2016.
Kebakaran 2019
suntingPada 6 Februari (Jumaat) 2019, kebakaran Gunung Baling telah berlaku lagi dan sehingga 10 Februari (Ahad) 2019, masih terdapat sedikit api kecil yang belum terpadam sepenuhnya lagi.