Pengguna:Hamba Allah/Tocco lite
Fail:Samsung GT-S5230 (cropped).jpg | |
Pengilang | Samsung Mobile |
---|---|
Cogan kata | I am not a number |
Rentetan | S-Series |
Rangkaian serasi | GSM 850/900/1800/1900 |
Ketersediaan mengikut rantau | Mei 2009 |
Pendahulu | Samsung Tocco |
Berkaitan | Samsung Omnia, iPhone, Samsung Tocco, Samsung Tocco Ultra Edition |
Penjadi rupa | Candybar |
Ukuran | 104 x 53 x 11.9 mm |
Jisim | 93.5g |
Sistem pengendalian | Samsung Touchwiz 1.0 |
Ingatan | 50/144 MB (Bersandarkan pada kawasan edaran) |
Storan bolehtanggal | Micro SD, Micro SDHC, sehingga 16GB |
Bateri | Li-lon 1000 mAh |
Paparan | 240 x 400 piksel |
Paparan luar | 3 inci |
Media | MP3, AAC, AAC+, e-AAC+, WMA, AMR, WAV, MP4 |
Kamera belakang | 3.2 megapiksel |
Ketersambungan | Bluetooth 2.1, USB 2.0 |
Masukan data | T9, Abc |
Lain | Skrin sentuh, Pelayar Web penuh (Jasmine), Maklumbalas Haptic Touch |
Samsung S5230 (juga dikenali sebagai Tocco Lite, Avila dan juga Samsung Star) telah diumumkan oleh Samsung pada bulan Mac 2009 dan mula dikeluarkan pada bulan Mei 2009. [1]
Kekisi luarannya didatangkan dalam warna hitam, putih dan merah jambu. Terdapat juga edisi keluaran khas yang berwarna perak. Telefon ini mempunyai paparan LCD berteknologi WQVGA selebar 3.0 inci, yang mampu memaparkan sehingga 262,000 warna.
Terdapat juga keluaran berwarna hitam dan emas yang boleh didapati dari sesetengah kedai. Telefon bimbit ini berdimensi 104 mm×53 mm×11.9 mm. Selain itu telefon ini mempunyai pelayar internet WAP 2.0, serta Java MIDP 2.0 sebagai platform sokongan Java. Walau bagaimanapun, telefon ini tidak mempunyai kemudahan sambungan 3G dan WiFi, kecuali varian S5230W dan S5233W yang mempunyai capaian WiFi.