Pengguna:Шахми/Kotak pasir


Dialek Phithen

Dialek Phithen
Asli kepadaไทย
Penutur bahasa
kurang daripada 3,000 orang (2011)[1]
Kra-Dai
Kod bahasa
ISO 639-3

​'Dialek Phithen' (Thai: ภาษาไทย​ถิ่น​พิเทน)​ merupakan sejenis subdialek bahasa Thai yang hanya dituturkan oleh Muslim Thai di Mukim Phithen (Thai: ตำบลพิเทน)​, daerah Thung Yang Daeng (Thai: อำเภอ​ทุ่งยางแดง)​, wilayah Pattani. Antara keistimewaan dialek ini ialah penggunaan campuran kosa kata dialek Thai Tengah dan Thai Selatan, serta penggunaan bahasa istana Thai dan pinjaman kosa kata bahasa Melayu. Kini, dialek Phithen dikhuatiri pupus akibat diambil alih oleh bahasa Melayu Pattani.

Sejarah

sunting

Penutur dialek Phithen sekarang berketurunan sekelompok penutur bahasa Tai yang beragama Buddha.[1] Kelompok ini berpindah masuk antara tahun 1675-1695 Masihi.[2] Mereka berpindah masuk ke Kampung Phithen dan bergaul dengan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Setelah beberapa lama, masyarakat yang kemudiannya dikenali sebagai penutur dialek Phithen ini semuanya memeluk agama Islam.[1] Hal ini dapat dilihat melalui penemuan sisa kuil Buddha di Kampung Nombor 2 (Kampung Phithen) Mukim Phithen.[3] Menurut riwayat lisan, penutur dialek Phithen percaya bahawa generasi awal penutur ini berasal dari Kota Ayodhya,[4][5][6][7] serta merupakan sepasukan gembala gajah yang berkelana jauh ke selatan untuk mencari gajah yang berharga untuk Raja Narai. Ketua pasukan tersebut digelar Tok Yang (atau Phi Nen (Thai: พี่เณร)​)​ dengan beberapa orang pengikut — dikatakan ada empat orang: Tuan Muda (Thai: เจ้าอ่อน), Puan Rambut Panjang Sembilan Hasta (Thai: นางผมยาวเก้าศอก)​, Puan Darah Putih (Thai: นางเลือดขาว), dan Tuan Bha (Thai: เจ้าภา) (atau Tuan Bhau (Thai: เจ้าเภา)​). Juga dikatakan ada tujuh orang: Phi Kaeu (Thai: พี่แก้ว), Phi On (Thai: พี่อ่อน), Phi Mon (Thai: พี่มอญ), Phi Khwan (Thai: พี่ขวัญ), Can Thon (Thai: จันทอน) (atau Can Thong (Thai: จันทร์ทอง)), dan Puan Darah Putih (atau ada yang mengatakan Puan Rambut Wangi (Thai: นางผมหอม). Usaha mencari gajah berharga tersebut tidak berjaya. Akibat takut dihukum oleh raja, mereka lari dan tinggal di hutan. Oleh sebab itu, lahir nama mukim Phithen yang diambil daripada nama Phi Nen (Thai: พี่เณร) atau Tok Yang tadi.[4][6][8] Mereka bertebaran dan tinggal di tempat-tempat berikut:[9][10]

Taburan penutur dialek Phithen
Kampung Mukim Daerah Wilayah
Phithen Phithen Thung Yang Daeng Pattani
Becah
Nam Dam Nam Dam
Mueang Yon Lubuk Jirai Maya
Coh Kepho Nai Kerubi Kepho

Cucu cicit Phi Nen atau Tok Yang itu pula berkahwin campur dengan orang Melayu tempatan dan turut memeluk agama Islam.[5][11] Namun, menurut riwayat lisan, ada yang kekal beragama Buddha dan tidak memeluk agama Islam tetapi apabila dia mati, dia dikebumikan menurut agama Islam, dihormati sebagai wali, bahkan dipuja untuk meminta hajat.

  1. ^ a b c ทวีพร จุลวรรณ (2011). ระบบเสียงภาษาพิเทน ตำบลพิเทน อำเภอทุ่งยางแดง จังหวัดปัตตานี (PDF). มหาวิทยาลัยศิลปากร. m/s. 3.
  2. ^ "พิเทนและนามสถานที่เกี่ยวข้อง". สารานุกรมวัฒนธรรมไทย. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  3. ^ "ตํานานตําบลพิเทน อําเภอมายอ จังหวัดปัตตานี". ฐานข้อมูลท้องถิ่นภาคใต้ มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์. 15 พฤษภาคม 2023. Dicapai pada 25 ตุลาคม 2023. Check date values in: |access-date= dan |date= (bantuan)
  4. ^ a b "ประวัติความเป็นมา". องค์การบริหารส่วนตำบลพิเทน. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2018.
  5. ^ a b ประพนธ์ เรืองณรงค์. บุหงาปัตตานี คติชนมุสลิมชายแดนภาคใต้. พิมพ์ครั้งที่ 2. กรุงเทพฯ : สถาพรบุ๊คส์, 2554, หน้า 203–207
  6. ^ a b บาราย (7 มิถุนายน 2009). "ตำนานบ้านพิเทน". ไทยรัฐออนไลน์. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ การส่งเสริมครูภูมิปัญญาท้องถิ่น ในโครงการวัฒนธรรมไทยสายใยชุมชน ภายใต้แผนปฏิบัติการไทยเข้มแข็ง 2555 ในพื้นที่ 5 จังหวัดชายแดนภาคใต้ อำเภอทุ่งยางแดง. สำนักงานวัฒนธรรม จังหวัดปัตตานี. 2012. m/s. 6.
  8. ^ "ข้อมูลตำบลพิเทน อำเภอทุ่งยางแดง ปัตตานี". ไทยตำบลดอตคอม. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2017.
  9. ^ "อำเภอกะพ้อ จังหวัดปัตตานี วันที่ 28 พ.ค. 2559". กรมการปกครอง กระทรวงมหาดไทย. 28 พฤษภาคม 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-06. Dicapai pada 6 มีนาคม 2023. Check date values in: |access-date= dan |date= (bantuan)
  10. ^ "ประวัติความเป็นมา". องค์การบริหารส่วนตำบลพิเทน อำเภอทุ่งยางแดง จังหวัดปัตตานี. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-06. Dicapai pada 6 มีนาคม 2023. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  11. ^ กรมส่งเสริมวัฒนธรรม (2016). ภาษา : มรดกภูมิปัญญาทางวัฒนธรรมของชาติ (PDF). กรุงเทพฯ: สำนักงานกิจการโรงพิมพ์ องค์การสงเคราะห์ทหารผ่านศึก ในพระบรมราชูปถัมภ์. m/s. 55-56. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 April 2022. Dicapai pada 22 Oktober 2021.