Pengeboman World Trade Center 1993
Pengeboman World Trade Center 1993 berlaku pada 26 Februari 1993, apabila sebuah bom lori diledakkan di bawah Menara Utara World Trade Center di New York City. Peranti yang diperkuat gas urea nitrat–hydrogen 1,336 lb (606 kg)[1] itu bertujuan menumbangkan Menara Utara itu kepada Menara Selatan sehingga kedua-dua menara itu runtuh dan mengorbankan ribuan nyawa.[2][3] Biarpun gagal berbuat demikian, namun pengeboman ini dapat meragut enam nyawa dan mencederakan ribuan lagi.
Pengeboman World Trade Center | |
---|---|
Underground damage after the bombing | |
Lokasi | Bandar Raya New York 40°42′41″N 74°00′43″W / 40.711452°N 74.011919°W |
Sasaran | World Trade Center |
Tarikh | Jumaat, 26 Februari 1993 12:18pm (UTC-5) |
Jenis serangan | Pengeboman kenderaan |
Kematian | 7 |
Cedera | 1042 |
Pelaku | Ramzi Yousef dll. |
Serangan ini dirancang oleh sekumpulan pekomplot yang terdiri daripada Ramzi Yousef, Mahmud Abouhalima, Mohammad Salameh, Nidal A. Ayyad, Abdul Rahman Yasin dan Ahmad Ajaj. Mereka menerima pembiaan daripada Khaled Sheikh Mohammed, iaitu bapa saudara Yousef. Pada Mac 1994, empat lelaki disabitkan bersalah kerana melakukan pengeboman itu, iaitu Abouhalima, Ajaj, Ayyad dan Salameh. Dakwaan ke atas mereka termasuk berkomplot, pemusnahan harta benda dengan bahan letupan dan pengangkutan bahan letupan di antara negeri. Pada November 1997, dua lagi disabitkan, iaitu Yousef, dalang di sebalik pengeboman ini, dan Eyad Ismoil yang memandu lori yang berisi bom itu.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Whitlock, Craig (2005-07-05). "Homemade, Cheap and dangerous – Terror Cells Favor Simple Ingredients In Building Bombs". Washington Post.
- ^ Childers, J. Gilmore (1998-02-24). "Senate Judiciary Committee Hearings: Foreign Terrorists in America: Five Years After the World Trade Center". US Senate Judiciary Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-27. Dicapai pada 2008-01-08. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Wright, Lawrence, Looming Tower, Knopf, (2006) p. 178.
Rujukan
sunting- Lance, Peter (2003). 1000 Years for Revenge. HarperCollins.
- Reeve, Simon (1999). The New Jackals: Ramzi Yousef, Osama bin Laden and the Future of Terrorism. Northeastern University Press.
- Wright, Lawrence (2006). The Looming Tower: Al Qaeda and the Road to 9/11. Alfred A. Knopf. ISBN 0-375-41486-X.
Pautan luar
sunting- Rewards for Justice World Trade Center Bombing page Diarkibkan 2005-09-07 di Wayback Machine
- "1993: World Trade Center bomb terrorises New York", BBC: On This Day
- FBI – 1993 World Trade Center Bombing – Press Room Diarkibkan 2009-05-12 di Wayback Machine FBIFebruary 26, 2008
- Images from the 1993 World Trade Center Bombing
- WCBS 880 radio aircheck, February 26, 1993 at sorabji.com
Templat:World Trade Center Templat:Al-Qaeda Templat:Conspiracy theories