Pengeboman Ankara 2016
Suatu serangan bom berlaku di ibu negara Turki, Ankara yang menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang maut dan 420 lagi tercedera.[2] Serangan itu disasarkan kepada satu konvoi kenderaan tentera[3] yang berhenti di lampu isyarat berdekatan Dataran Kizilay. Kebanyakkan bangunan kementerian, ibu pejabat tentera dan Parlimen Turki terletak di kawasan berhampiran di mana serangan itu berlaku.[4][5][6]
Serangan Ankara 2016 | |
---|---|
Lokasi | Ankara, Turki |
Koordinat | 39°54′55″N 32°50′26″E / 39.9154°N 32.8406°EKoordinat: 39°54′55″N 32°50′26″E / 39.9154°N 32.8406°E |
Tarikh | 17 Februari 2016 6:31 petang (UTC+2) |
Sasaran | Anggota tentera |
Jenis serangan | Pengeboman kereta, pengeboman diri |
Kematian | 28[1] |
Tercedera | 61[1] |
Pelaku | Salih Necar (didakwa) |
Motif | Tidak diketahui |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengeboman
suntingMenurut Gabenor Ankara, sebuah kereta yang sarat dengan bom telah digunakan untuk serangan itu[7][8] dan ia berlaku kira-kira 18:31. Sementara itu bas tentera yang membawa anggota tentera sedang menunggu di lampu isyarat.[9] Tapak serangan itu berada bersebelahan dengan blok kediaman untuk anggota tentera berpangkat tinggi.[1] Beberapa saluran berita Turki memaparkan imej-imej kebakaran pada kenderaan tentera selepas letupan ganas berlaku, yang boleh didengari beberapa kilometer jauhnya.[10][11]
Mangsa tragedi
suntingSekurang-kurangnya 28 orang mangsa terbunuh dan 61 lagi cedera dalam letupan bom itu.[12][13]
Pelaku
suntingSumber keselamatan kanan menyatakan tanda-tanda awal bahawa militan Kurdish daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) bertanggungjawab.[14] Ia juga dispekulasikan oleh sumber keselamatan berasingan di tenggara Turki bahawa militan Negara Islam (IS) mungkin bertanggungjawab itu insiden itu.[12] Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu setakat ini.[3]
Media Turki mendakwa bahawa pengebom itu adalah seorang pejuang YPG/PYD bernama Salih Necar.[15]
Rujukan
sunting- ^ a b c "Ankara bomb leaves at least 28 people dead in Turkish capital". Mail Online (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "Ankara'da askeri servis aracına bombalı saldırı". CNN Türk (dalam bahasa Turki). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ a b Letsch, Constanze (17 Februari 2016). "Up to 28 killed by Ankara car bomb targeting military personnel". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "Turkey's capital Ankara rocked by deadly explosion" (dalam bahasa Inggeris). Aljazeera.
- ^ "Ankara blast: Five dead after explosion in Turkish capital". BBC News.
- ^ Jason Hanna and Hamdi Alkhshali (17 Februari 2016). "Explosion strikes Turkey's capital". CNN.
- ^ "At Least 20 Killed in Ankara Car Bombing Targeting Military Personnel". Haaretz.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "Car bomb targeting military buses kills 28 in Turkish capital Ankara". euronews. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "TSK: Saldırı trafik ışıklarında meydana geldi". NTV. 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "Blast hits Ankara". Anadolu Agency.
- ^ "At least five killed in huge explosion in car bomb attack in Ankara". TodaysZaman (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016.[pautan mati kekal]
- ^ a b "Car bomb attack on military in Turkish capital kills 28". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2016. Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "28 maut serangan bom di tengah Ankara". Berita Harian. 18 Februari 2016. Dicapai pada 18 Februari 2016.
- ^ "Initial signs point to PKK terrorists behind Ankara bombing: Reuters". DailySabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Februari 2016.
- ^ "Ankara'daki saldırıyı düzenleyen teröristin kimliği belirlendi" (dalam bahasa Turki). Dicapai pada 17 Februari 2016.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Serangan bom Ankara 2016 di Wikimedia Commons