Pengantarabangsaan
Pengantarabangsaan boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk mengadaptasi pertukaran urusniaga ke pasaran antarabangsa. Ia turut didefinisikan sebagai proses yang bermula dengan kesedaran terhadap pengaruh langsung atau tidak langsung daripada urus niaga antarabangsa di masa hadapan sebelum terus melangkah untuk menstabilkan kedudukan dan seterusnya melakukan urusniaga dengan negara-negara lain. Pengantarabangsaan juga didefinisikan sebagai satu proses mengadaptasi operasi firma seperti strategi, struktur dan sumber-sumber kedalam persekitaran antarabangsa.
Bacaan lanjut
sunting- Che Zenik, Z.; Mohamed Makhbul, Z. K.; Yusof, R.; Mat Isa, R.; Md Sham, R. (2012). "Proses Pengantarabangsaan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS): Mengenal Pasti Dimensi Melalui Teknik Delphi" (PDF). Jurnal Pengurusan. Universiti Kebangsaan Malaysia (34): 123–136.