Penganggaran (atau menganggar) ialah proses mencari anggaran atau penghampiran, yang merupakan nilai yang boleh guna untuk beberapa tujuan walaupun data masukan mungkin tidak lengkap, tidak pasti, atau tidak stabil. Nilai walau bagaimanapun boleh guna kerana ia terbit daripada maklumat terbaik yang ada.[1] Biasanya, penganggaran melibatkan "menggunakan nilai suatu statistik yang terbit daripada sampel untuk menganggar nilai parameter populasi yang sepadan".[2] Sampel memberi maklumat yang boleh diunjurkan, melalui pelbagai proses formal atau tidak formal, untuk menentukan julat besar kemungkinan untuk menghuraikan maklumat yang hilang. Anggaran yang menjadi salah akan menjadi lebih anggaran jika anggaran melebihi hasil sebenar[3] dan kurang anggaran jika anggaran tidak mencapai hasil.[4]

Bilangan tepat gula-gula di dalam balang ini tidak boleh ditentukan dengan melihatnya, kerana kebanyakan gula-gula tidak dapat dilihat. Jumlah boleh dianggarkan dengan membuat anggapan bahawa bahagian balang yang tidak dapat dilihan mengandungi jumlah sama dengan jumlah yang dikandungi dalam isi padu yang sama untuk bahagian yang boleh dilihat.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ C. Lon Enloe, Elizabeth Garnett, Jonathan Miles, Physical Science: What the Technology Professional Needs to Know (2000), p. 47.
  2. ^ Raymond A. Kent, "Estimation", Data Construction and Data Analysis for Survey Research (2001), p. 157.
  3. ^ James Tate, John Schoonbeck, Reviewing Mathematics (2003), page 27: "An overestimate is an estimate you know is greater than the exact answer".
  4. ^ James Tate, John Schoonbeck, Reviewing Mathematics (2003), page 27: "An underestimate is an estimate you know is less than the exact answer".

Pautan luar

sunting