Penerbangan 191 American Airlines
Penerbangan 191 American Airlines adalah penerbangan komersil terjadual American Airlines pada 25 Mei 1979, menggunakan pesawat McDonnell Douglas DC 10-10. Penerbangan ini bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles untuk penerbangan dari Chicago ke Los Angeles.
kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 25 Mei 1979 |
Ringkasan | Hilang kawalan selepas enjin terlepas kerana penyelenggaraan yang tidak betul |
Tapak kejadian | Des Plaines, Illinois, Amerika Syarikat |
Pesawat | |
Jenis pesawat | McDonnell Douglas DC-10 |
Pengendali | American Airlines |
Kod pendaftaran | N110AA |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles |
Penumpang | 258 |
Anak kapal | 13 |
Kematian | 273 (termasuk 2 di atas tanah) |
Kecederaan | 5 (di tanah) |
Terselamat | 0 |
Kemalangan ini membunuh 258 penumpang dan 13 krew di pesawat (jumlah 271 orang; serta juga 2 orang di bumi, jumlah kematian sebanyak 273). Kemalangan ini disebabkan oleh enjin pesawat yang tertanggal dari sayap pesawat saat naik terbang. Pesawat ini terhempas di bidang kosong. Nahas ini menjadi nahas paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat.