Penerbangan 185 SilkAir
Penerbangan 185 SilkAir ialah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa berjadual yang menggunakan Boeing 737-300[1] dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta di Jakarta, Indonesia ke Lapangan Terbang Changi di Singapura yang nahas di Sungai Musi dekat Palembang, Sumatera, pada 19 Disember 1997, membunuh semua 97 orang penumpang dan 7 orang anak kapal.
Kejadian | |
---|---|
Tarikh | 19 Disember 1997 |
Ringkasan | Nahas ke dalam sungai Musi daripada ketinggian pelayaran. Punca dipertikai:
|
Tapak kejadian | Sungai Musi, Palembang, Indonesia 2°27′30″S 104°56′12″E / 2.45833°S 104.93667°EKoordinat: 2°27′30″S 104°56′12″E / 2.45833°S 104.93667°E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Boeing 737-36N |
Pengendali | SilkAir |
No. penerbangan IATA | MI185 |
No. penerbangan ICAO | SLK185 |
Huruf pengenalan | SILK AIR 185 |
Kod pendaftaran | 9V-TRF |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia |
Destinasi | Lapangan Terbang Changi Singapura, Singapura |
Penghuni | 104 |
Penumpang | 97 |
Anak kapal | 7 |
Kematian | 104 |
Terselamat | 0 |
Penyiasatan terhadap punca nahas diketuai oleh penyiasat dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara (JKPN), yang disertai oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (LKPN). LKPN, yang menyertai penyiasatan disebabkan penghasilan pesawat Boeing dikilangkan di Amerika Syarikat, telah menyiasat nahas di bawah ketua penyiasat Greg Feith. Dalam laporan akhir, JKPN menemui "tiada bukti kukuh" untuk menyokong dakwaan pembunuhan diri juruterbang, dengan sebelum ini unit kawalan kuasa hidraulik Parker-Hannifin ditanggap telah ditentukan oleh pengilang sebagai bebas kecacatan. Kenyataan akhir daripada JKPN ialah mereka tidak boleh mempastikan punca nahas, oleh itu ia tidak dapat disimpulkan. Sebaliknya, dalam surat yang dihantar kepada JKPN, LKPN menemui nahas kemungkinan besar hasil daripada input kawalan penerbangan yang disengajakan yang "kemungkinan besar oleh kapten pesawat".
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Accident information: Boeing 737 Silkair 9V-TRF". airfleets.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2013. Dicapai pada 9 November 2013.
Bacaan lanjut
sunting- "Remembering the Musi – SilkAir Flight MI 185 Crash Victim Identification" (PDF). Annals, Academy of Medicine, Singapore. Academy of Medicine, Singapore.
- (dalam bahasa Bahasa Cina) "印尼国家交通安全委员会调查结论:没有证据显示朱卫民 股票交易影响飞行表现." [Indonesian National Transportation Safety Commission Survey Conclusion: There is no evidence that Tsu Wai Ming's stock trading affects flight performance] (dalam bahasa Bahasa Cina) Lianhe Zaobao. 15 December 2000. (Archive)
- Pan, Junqin (潘君琴 Pān Jūnqín) and Lin Shunhua (林顺华 Lín Shùnhuá). "胜安空难诉讼案 副机师:朱卫民曾尝试以"令人怕"方式降陆." [Shengan Air Combat Lawsuit Deputy pilot: Tsu Wai Ming tried to land in a "scary" way] (dalam bahasa Bahasa Cina) Lianhe Zaobao. 7 April 2001. (Archive)