Penebusan dosa

Laman nyahkekaburan


Penebusan dosa ialah doktrin yang menggambarkan bagaimana manusia dapat diperdamaikan dengan Allah.[1] Dalam teologi Kristian penebusan merujuk pada memaafkan atau mengampuni dosa melalui kematian Yesus Kristus dengan penyalibannya yang pada akhirnya membolehkan adanya pendamaian antara Allah dan penciptaan.[1] Dalam tradisi Kristian secara bersejarah, terdapat empat teori utama bagaimana penebusan tersebut dapat bekerja: teori penebusan, teori kepuasan, teori substitusi jenayah dan teori pengaruh moral.[1] Dalam bahasa inggris, penebusan disebutkan dengan kata atonement.[1] Hal ini digunakan untuk menggambarkan karya keselamatan yang Allah lakukan melalui Kristus untuk mendamaikan dunia, dan juga keadaan seseorang yang telah diperdamaikan dengan Allah.[1] Selama berabad-abad, orang-orang Kristian telah menggunakan gambaran yang berbeza dan diberikan penjelasan yang berbeza dari penebusan untuk meluahkan bagaimana penebusan boleh bekerja dalam dunia dan khidupan manusia.[2] Gereja-gereja dan denominasi mempunyai variasi yang berbeza dalam menggambarkan penebusan dosa ini.[2] Variasi ini dikarenakan mereka menganggap penggambaran mereka paling sesuai dengan perspektif teologis mereka.[2] Namun, semua orang Kristian tetap menekankan bahawa Yesus ialah Juruselamat dunia dan melalui kematiannya dosa manusia telah diampuni dan diperdamaikan dengan Allah.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e (Inggeris)Mircea Aliade. 1987. The Encyclopedia of Religion. New York: Macmillan Publishing Company. Pg.495-498.
  2. ^ a b c d (Inggeris)Wendy Doniger. 2006. Britannica Encyclopedia of World Religion. London: Encyclopedia Britannica. pg.90.