Penangkap (besbol)

(Dilencongkan daripada Penangkap)

Penangkap (bahasa Inggeris: catcher) ialah posisi dalam sukan besbol dan sofbol. Apabila pemukul (batter) mengambil giliran untuk memukul, penangkap akan menyangkung di belakang plat rumah (home plat) dan di hadapan pengadil serta menangkap bola daripada pelempar (pitcher). Tambahan lagi, penangkap juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran lain untuk menjaga posisi dengan mahir.

(C) Posisi penangkap di belakang plat rumah.

Posisi penangkap membolehkannya dapat melihat keseluruhan padang sekali gus menjadikannya posisi terbaik untuk mengisyarat dan memimpin pemain-pemain lain dalam permainan bertahan. Penangkap biasanya memberi isyarat kepada pelempar dengan menggunakan isyarat tangan. Isyarat dibuat berdasarkan kekuatan dan mekanik pelempar serta didorong oleh kecenderungan dan kelemahan pemukul. Penangkap berperanan penting dalam permainan terutamanya ketika bukan "in play". Permainan faul, bola lantun di tanah dan perlanggaran dengan pelari ketika permainan kesemuanya melibatkan penangkap. Oleh sebab itu, mereka dipakaikan peralatan keselamatan seperti pelindung muka, dada dan tekak, pelapik tulang kering dan sarung tangan pad yang berat.

Dewan Kemahsyuran

sunting

Sehingga tahun 2019, terdapat 19 orang pemain yang beraksi sebagai pelempar telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran iaitu:

Pautan luar

sunting