Penang Monorail
Penang Monorail ialah sebuah laluan monorel yang berada dalam pembinaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Ia akan mengelingi kawasan luar dan kawasan dalam bandaraya George Town di Pulau Pinang. Dua laluan akan dibina, dengan perancangan yang sama ke Seberang Perai pada masa akan datang. Sistem ini meliputi 37 km, menelan kos perbelanjaan RM 1.6 bilion. [1]
Stesen
suntingNama kesemua stesen monorel ini masih belum diketahui, walaupun perhentian utama sudah disahkan. Laluan Merah akan melalui kawasan antara Tanjung Tokong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang melalui Jalan Scotland, Jalan Air Itam, dan Masjid Negeri Pulau Pinang. Laluan Hijau akan melalui antara Paya Terubong dan Terminal Pelabuhan Weld, melalui Jalan Air Itam, Jalan Dato' Keramat, dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Persimpangan ini akan terletak di Jalan Air Itam.
Status projek
suntingPeringkat bidaan
suntingTender projek ini telah ditutup pada 16 November 2007. Pengendali projek ini ialah Melewar Industrial Group Bhd (MIG) dan Putera Capital Bhd[1].
Pada 10 Januari 2008, kerajaan mengumumkan pemenang tender, yang mana ialah sebuah konsurtium iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB). Anggota konsurtium termasuk Scomi Engineering Bhd dan Penang Port Commission. Mengikut sumber The Edge iaitu surat khabar perniagaan Malaysia, Malaysian Resources Corporation akan membina infrastruktur monorel, sementara Scomi Engineering akan menjaga kepentingan konsultan ketika dalam pembinaan infrastruktur dan Penang Port Commission bertanggungjawab menjadikan ia sebuah hab utama beroperasi. Kos tender dianggarkan bernilai RM 1.6 bilion. MRCB juga dioperasikan dengan syarikat usahasama iaitu Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd untuk membina hub pengangkutan perantaraan yang dipanggil Penang Sentral.[2] "The Letter of Intent" telah dianugerahkan kepada MRCB dan Penang Port oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd pada 15 Januari 2008, walaupun belum memasuki peringkat akhir ke atas pembinaan laluan dan stesen[3].
Pembidaan semula oleh parti lain
suntingPada April 2008, Melawar Industrial Group yang mewakili kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan pembinaan yang mencecah RM2.2 bilion yang mana ia akan mengoperasikan laluan sendiri dan bergerak ke tiga destinasi dari lokasi seperti Gelugor, Farlim di Air Itam dan Gurney Drive ke bandar raya. Sistem ini bercirikan struktur keluli dan bergerak ke kawasan bangunan bersejarah di negeri ini. Sebagai respon, kerajaan negeri akan menerima usul ini dan mengerjakan projek ini secara bersendirian sementara menunggu kelulusan daripada kerajaan persekutuan.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b Melewar, Putera Capital bid for Penang monorail project
- ^ MRCB lands monorail job Diarkibkan 2008-03-27 di Wayback Machine, The Edge.
- ^ MRCB/Penang Port group gets monorail LOI
- ^ Sharanjit Singh and Marina Emmanuel. "Penang mulls monorail option". Business Times.