Pena
Pena[1] (disebut [pé.na], Jawi: ڤينا ) atau pen[2] ([pén], Jawi: ڤين ) ialah alat tulis runcing yang menakung,[1] mengalirkan serta menandakan dakwat pada permukaan tertentu seperti kertas. Ia boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai warna - antaranya hitam, biru, merah dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor dll.
Peristilahan
suntingKedua-dua perkataan pena dan pen akarnya dari kata bahasa Latin penna "bulu pelepah" iaitu bahan yang pernah digunakan sebagai alat menulis: pena meminjam terus dari Portugis: pena[3] turunan kata Latin ini manakala pen meminjam dari Bahasa Inggeris.
Jenis
suntingPen boleh dikelaskan menurut jenis hujungnya. Jenis moden utama adalah :
Dalam sejarah, pen turut digunakan dalam bentuk:
- Pelepah
- Pen celup
Sejarah
suntingPen rumput
suntingTamadun Mesir silam telah memajukan penulisan pada gelungan papirus apabila jurutulis menggunakan berus rumput nipis dari Juncus maritimus.[4] Steven Roger Fischer dalam bukunya A History of Writing mencadangkan bahawa penemuan artifak sebentuk alat ini di Saqqara ada menunjukkan bahawa ia mungkin telah digunakan bagi menulis di atas helaian semenjak Dinasti Pertama atau sekitar 3000 BC. Alat rumput sebegini terus digunakan sehingga Zaman Pertengahan sungguhpun ia perlahan-lahan digantikan dengan pen pelepah semenjak abad ke-7 bahkan turut menerapkan bahan pelepah tumbuhan setempat seperti kabung.
Pena bulu
suntingBulu pelepah yang diruncingkan hujungnya menjadi pilihan banyak penulis sehingga abad ke-19.
Jenis lain
sunting- mata felt bebola (kini hanya terdapat di Afrika Selatan)
- Pen boleh padam. Tidak sesuai untuk menulis cek.
Bibliografi
sunting- Fischer, Steven R., A History of Writing, London: Reaktion, 2001, 352 p., ISBN 1861891016
Rujukan
sunting- ^ a b Bandingkan:
- "pena". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 25 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- "pena". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. Dicapai pada 25 April 2020.
- ^ "pen". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). pena. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 280–281.
- ^ Egyptian reed pen Diarkibkan 2007-02-21 di Wayback Machine Retrieved 16 March 2007.