Pemex
Petróleos Mexicanos (PEMEX) ialah syarikat petroleum kebangsaan milik kerajaan Mexico.
Nama asli | Petróleos Mexicanos |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Hakmilik Kerajaan |
Industri | Penapisan Petroleum dan Gas |
Ditubuhkan | 1938 |
Pengasas | Lázaro Cárdenas |
Ibu pejabat | Bandar Raya Mexico, Mexico |
Tokoh penting | Jesús Reyes Heroles (CEO) Georgina Kessel (Chairwoman) |
Keluaran | Petrokimia |
Hasil | $98 bilion ASD (2006) |
Pemilik | Federal government of Mexico |
Bilangan kakitangan | 138,215 |
Syarikat induk | Secretariat of Energy |
Tapak web | http://www.pemex.com.mx |
sunting · sunting di Wikidata |
Galian aspal telah digunakan sejak kerajaan purba Aztek lagi. Minyak pernah diproses menjadi minyak tanah ( kerosene) sekitar 1876 di Tampico. Sejak 1917 minyak telah ditapis oleh syarikat British Pearson dan syarikat Amerika Syarikat, Doheny . Setelah harga petroleum meningkat secara mendadak , kerajaan Mexico telah memiliknegara pengeluaran petroleum melalui perubahan perlembagaan.[1][2]
Carigali Petroleum
suntingPada 1938, Presiden Mexico, Lázaro Cárdenas telah menyebelahi pekerja pengeluaran petroleum supaya syarikat asing membayar gaji lebih dan memperbaiki kebajikan sosial mereka. Pada 18 Mac , sebanyak 27 artikel dalam Perlembagaan 1917, semua syarikat pengeluar dari Amerika Syarikat dan Anglo-Dutch dimiliknegarakan dan membentuk PEMEX. Akibatnya banyak kerajaan asing telah menutup pasaran mereka kepada petroleum Mexico. Selepas boikot dibatalkan, Pemex menjadi syarikat yang membantu membangunkan Mexico dan menjadi pengeksport ke-5 terbesar di dunia.
Produk
suntingPemex mengadakan ribuan stesen minyak menjual petrol dan diesel di seluruh Mexico. Pemex menawarkan minyak Magna, Premium 92, Nova dan lain-lain tetapi diragui kualitinya. Pemex menggunakan mata wang Pesos dan dolar US dalam setiap pembelian dan jualan antarabangsa.
Kontroversi
suntingPengguna merungut kerana stesen minyak menjual minyak kurang dari 900 ml.Selain itu dikatakan petrol dicampur dengan 1/4 air hingga menyebabkan beberapa kereta dan SUV gagal berfungsi.
- Pada 3 Jun 1979 carigali minyak Pemex di Teluk Mexico telah bocor dan menyebabkan pencemaran sepanjang 600 batu di selatan Texas.
- Pada 19 November 1984 seramai 500 terbunuh di San Juan kerana gudang petroleum Pemex telah meletup.
- Pada 22 April 1992, letupan berlaku di Guadalajara dan Jalisco dan membunuh 200 orang.
- Pada 10 Julai 2007, pemberontak Tentera Revolusi Popular telah meletupkan paip gas Pemex.
Rujukan
sunting- ^ "Fortune Global 500 2010: 64. Pemex". Fortune Magazine. Dicapai pada July 26, 2010.
- ^ "Eig_Article". energyintel.com. Dicapai pada April 20, 2015.