Pembunuhan Özgecan Aslan
Özgecan Aslan (22 Oktober 1995 – 11 Februari 2015) ialah seorang mahasiswi Turki yang dibunuh kerana menolak percubaan merogol pada 11 Februari 2015 di sebuah bas mini di Mersin. Jenazahnya ditemui pada 13 Februari. Pembunuhan ini disyaki dilakukan oleh pemandu bas mini dan dua kaki tangannya.
Özgecan Aslan | |
---|---|
Fail:Ozgecan Aslan.jpg | |
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 11 Februari 2015 Dekat Tarsus, Turki | (umur 19)
Sebab kematian | Ditikam dan dibelasah |
Mayat dijumpai oleh | Dekat Çamalan, Tarsus, Turki |
Dikebumikan | Tarsus, Turki |
Pekerjaan | Mahasiswi |
Terkenal kerana | Mangsa pembunuhan dan percubaan rogol |
Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan kebangsaan dan mencetuskan bantahan di seluruh negeri pada hari-hari berikutnya. Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanraya di beberapa wilayah, mengkritik kerajaan kerana "tindak balas yang tidak cukup tanggap" dan jangkaan adanya kebiasaan rogol terhadap perempuan bukan konservatif. Bantahan ini dianggap sebagai gerakan pertama bagi perempuan di Turki.[1] Peristiwa ini juga menyebabkan munculnya laungan reformasi untuk memerangi keganasan terhadap wanita dengan lebih efektif. Kes ini mendapat perhatian besar di media sosial dan menggalakkan perempuan untuk berkongsi pengalaman terhadap gangguan yang mereka alami. Bantahan besar-besaran yang berlaku pada hari Isnin, 16 Februari, menyebabkan hari tersebut diisytiharkan dengan "Black Monday". Pembunuhan tersebut digambarkan sebagai solidariti bagi wanita untuk bercakap mengenai penderitaan panjang yang mereka alami [2] dan secara bersamaan dianggap memecah belah sekali gus menyatukan bangsa Turki.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Özgecan'ın evine abluka" (dalam bahasa Turkish). Cumhuriyet. Dicapai pada 21 February 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Şafak, Elif. "After years of silence, Turkey's women are going into battle against oppression". The Guardian. Dicapai pada 18 February 2015.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "radikal" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "latimes" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
<ref>
dengan nama "bbc" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.