Pemandu sorak (bahasa Inggeris: cheerleading) ialah perpaduan gerakan dinamik gimnastik, tari, akrobatik, dan sorak-sorai untuk memberi semangat pasukan sukan yang sedang bertanding, atau sebagai sukan yang diperlombakan secara pertandingan. Istilah pemandu sorak juga digunakan untuk menamakan orang yang melakukan aksinya (bahasa inggris: cheerleader).

Para pemandu sorak bertugas memimpin laungan-laungan untuk memberi semangat dan motivasi kerumunan orang.

Sejarah

sunting

Tradisi pandu sorak berasal dari Amerika Utara dan merebak ke seluruh dunia. Pasukan pemandu sorak digunakan dalam perlawanan bola sepak Amerika dan seringkali sepak keranjang. Pasukan pemandu sorak sering diundang untuk beraksi dalam perarakan atau karnival, dan kadang-kadang juga dimiliki pasukan bola sepak, hoki es, sepak tampar, American football dan besbol.

Seruan sorak sorai awal

sunting

Sorak-sorai menyuarakan "Hooray, hooray, hooray! Tiger siss-boom-ah, Princeton!" popular dalam kalangan pelajar Princeton pada tahun 1850-an sehingga awal tahun 1860-an. Suara kembang api roket sedang terbang "siss-boom-ah" diambil dari seruan serupa yang diteriakkan ahli Rejimen Ke-7 New York City dari dalam keretapi yang membawa mereka dari depot Princeton ke Washington, beberapa hari sebelum pecah Perang Ikhwan di Amerika Syarikat.[1]

Pada tahun 1896, College of New Jersey berganti nama menjadi Universiti Princeton selepas merayakan hari jadi ke-150. Pada tahun yang sama, sorakan yang disebut "The Tiger Rocket Cheer" (nantinya dikenal sebagai "The Locomotive") bergema untuk pertama kali, "'Ray 'ray 'ray Tiger, tiger, tiger, Sis, sis, sis, Boom, boom, boom, ah! Princeton! Princeton! Princeton!"[2] Sorakan ini disebut "lokomotif" kerana bermula perlahan-lahan tetapi dilanjutkan dengan tempo yang terus meningkat seperti bunyi lokomotif. Pada masa belum terdapat marching band, sorak-sorai merupakan satu-satunya cara memberikan sokongan pada perlawanan American football. Pemain yang ditarik dari padang permainan juga disambut dengan sorakan sebagai tanda berterima kasih.

Pada tahun 1894, lulusan Princeton bernama Thomas Peebles, mula memperkenalkan idea menganjur sorak-sorai awam di Universiti Minnesota. Tetapi idea ini baru dilaksanakan pada tahun 1989 oleh pelajar Universiti Minnesota bernama Johnny Campbell yang berdiri di hadapan penonton sebagai pemandu sorak pertama yang menetapkan sorak-sorai penonton.

Pemandu sorak sekarang

sunting

Walaupun 97% dari pemandu sorak sekarang semuanya perempuan, pemandu sorak sebenarnya berawal dari kegiatan yang seluruhnya dilakukan oleh lelaki.[3] Perempuan baru mula mengambil sebagai pemandu sorak pada tahun 1920-an, manakala pada tahun 1940-an mula menjadi kegiatan yang hampir seluruhnya dilakukan wanita.

Pertubuhan pemandu sorak di Amerika

sunting

Lawrence "Herkie" Herkimer menubuhkan National Cheerleaders Association (NCA) pada tahun 1948. Kursus pemandu sorak yang pertama kali diadakan NCA pada tahun 1949 diikuti 52 peserta.[4]

Pada tahun 1960, National Football League (NFL) mula menganjurkan pasukan pemandu sorak profesional. Di musim pertandingan 1972-1973, pasukan pemandu sorak Dallas Cowboys Cheerleaders memulakan debutnya dan langsung menarik perhatian kerana pakaian yang minim dan gerakan tari yang rumit.

Pada tahun 1980-an, gerakan akrobat dan gimnastik yang sukar sekali gus berbahaya mulai dilakukan kumpulan pemandu sorak di Amerika Syarikat selalunya. Pertubuhan cheerleading seperti AACCA (American Association of Cheerleading Coaches and Advisors) mula mengamalkan panduan keselamatan dan membekalkan kursus cheerleading yang aman bagi jurulatih dan penaja.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Leitch, Alexander (1978). "Cheers". Princeton University Press. Dicapai pada 26 Februari 2008.
  2. ^ McClung, Robert M. ""Tiger! Tiger! Tiger!"". Princeton Alumni Weekly Online. Dicapai pada 6 Februari 2008.
  3. ^ "Cheerleading – Oh How far it has come!". Dicapai pada 11 Januari 2007.
  4. ^ "Cheerleading – Oh How far it has come!". Dicapai pada 11 Januari 2007.
  5. ^ "About the AACCA". Dicapai pada 11 Januari 2007.