Pemakanan tumbuhan
Pemakanan tumbuhan ialah satu bidang kajian mengenai unsur kimia yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok. Pada tahun 1972, Epstein mendefinasikan dua kriteria untuk sesuatu unsur menjadi penting bagi pertumbuhan pokok iaitu dengan ketiadaan unsur tersebut tumbuhan tak dapat melengkapkan kitar hidupnya, atau unsur tersebut adalah salah satu daripada juzuk atau metabolit tumbuhan.
Ini adalah mengikut Hukum minimum Liebig.