Pelara ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan selayang. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Pelara diproses daripada ikan yang diperam sehingga separa hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh orang persendirian dan dijual di pasar pagi dalam pembungkusan botol dan plastik. Populariti pelara bagaimanapun agak tenggelam ketika ini disebabkan tempoh diperlukan untuk membuatnya dan pesaingan dengan budu yang dihasilkan secara moden.

Pelara yang telah dibersihkan


Pelara boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis. ia juga boleh dicampurkan kedalam masakan dalam kuantiti yang sedikit sebagai penambah perisa.

Sejarah

sunting

Ikan merupakan sejenis makanan yang cepat rosak. Ikan perlu dimasak dengan segera ataupun diawet untuk memastikannya ia terus dapat dimakan selepas waktu yang lama.


Pelara diperbuat dari lebihan ikan (kebiasaannya ikan selayang), diperam bersama garam dan asam gelugur sehingga isinya hancur. Ia mungkin memakan masa 6 bulan hingga setahun sebelum dapat dimakan. Ia biasanya dihasilkan oleh masyarakat di pedalaman Terengganu, di mana capaian kepada ikan segar agak sukar didapat pada zaman dahulu kerana masalah pengangkutan. Proses memeram ikan ini membolehkan mereka terus mendapat bekalan khasiat protein pada musim tengkujuh, ketika laut pantai timur yang bergelora menyebabkan ketiadaan bekalan ikan di pasaran. Tambahan pula sungai sukar dimudik.

Pasaran

sunting

Pelara tidak begitu terkenal seperi budu. Ia cuma dhasilkan secara kecil-kecilan oleh masyarkat persendirian, kebiasanya terdiri dari warga emas. Ini mungkin didorong oleh faktor tempoh lama yag diperlukan untuk memeram pelara.


Tidak ada rekod yang menunjukkan pelara pernah dikomersilkan. Satu-satunya cara untuk membeli produk ini adalah di pasar pagi, seperti di Pasar Manir dan Pasar Besar Kedai Payang, Terengganu. Dijual dalam botol bersaiz 300ml.


Lihat juga

sunting
  • budu, produk serupa diperbuat dari ikan bilis
  • cencaluk, produk serupa diperbuat dari udang geragau