Pelantar kompas
Pelantar kompas (bahasa Inggeris: binnacle ) ialah satu bekas di rumah kemudi di anjungan kapal, biasanya diletakkan di hadapan seorang jurumudi, yang mengandungi instrumen pelayaran untuk rujukan mudah dan pantas. Ia juga digunakan untuk melindungi instrumen-instrumen halus. Sebuah pelantar kompas boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang termasuk satu atau lebih kompas, satu lampu atau sumber cahaya yang lain, jam pasir untuk menganggar kelajuan dan banyak lagi alatan.
Binnacle berasal dari perkataan bittacle (bahasa Sepanyol), yang dipinjam dari bahasa Latin, habitaculum bermaksud "tempat kecil".
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Alan Gurney, Compass: A Story of Exploration and Innovation, W.W. Norton & Company, 2004, ISBN 0-393-32713-2.