Pelagra
Pelagra adalah suatu penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin niasin (vitamin B3).[2] Gejala termasuk radang kulit, cirit-birit, demensia dan luka dalam mulut. Kawasan kulit terdedah kepada sama ada cahaya matahari atau geseran biasanya merupakan bahagian yang terjejas dahulu; di mana ia boleh menjadi gelap, kaku, mula kulit, atau berdarah setelah sekian lamanya.
Pellagra | |
---|---|
Ciri kulit penghidap pelagra termasuk pengelupasan, kemerahan, pengelupasan dan penebalan bahagian badan yang terdedah pada suria. | |
Pengkhususan | Dermatologi |
Gejala | Keradangan kulit, cirit-birit, demensia, luka pada mulut[1] |
Jenis | Primer, sekunder[1] |
Punca | Niasin badan tidak mencukupi[2] |
Berdasarkan simptom[3] | |
Kwashiorkor, pemfigus, fotodermatitis, porfiria[3] | |
Pencegahan | Pencegahan kemiskinan[3] |
Rawatan | Niasin atau nikotinamida tambahan.[1] |
Prognosis | Baik (jika dirawat), kematian dalam masa ~ 5 tahun (tanpa rawatan)[3] |
Kekerapan | Jarang (di negara maju), kerap (di negara membangun)[3] |
sunting |
Ada dua jenis pelagra yang utama[1]:
- Pelagra primer - akibat pengambilan diet yang tidak mengandungi niasin dan triptofan yang mencukupi.
- Pelagra sekunder - ketidakmampuan badan menggunakan niasin dalam diet - boleh berlaku akibat alkoholisme, cirit-birit berlarutan, sindrom karsinoid, penyakit Hartnup, serta kesan sampingan beberapa ubat-ubatan seperti isoniazid.[1]
Diagnosis biasanya dibuat berdasarkan tanda-tanda yang dilihat serta juga dibantu oleh ujian air kencing.[3]
Gejala dan simptom
sunting- Kepekaan kepada cahaya matahari (fotodermatitis) tinggi
- Kemarahan
- Dermatitis, kebotakan (alopedia), edema (bengkak)
- Glositis (radang lidah) yang jelas
- Merah luka-luka kulit
- Insomnia
- Kelesuan
- Kekeliruan mental
- Ataksia (kekurangan koordinasi), lumpuh hujung bahagian badan, radang urat periferal (kerosakan saraf)
- -Cirit-birit
- Kardiomiopati terdilat (jantung mengembang dan lemah)
- Demensia
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Ngan, Vanessa (2003). "Pellagra". DermNet New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2017. Dicapai pada 10 Jun 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "Orphanet: Pellagra". www.orpha.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2017. Dicapai pada 10 Jun 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b c d e f Pitche P (2005). "Pellagra". Sante. 15 (3): 205–08. PMID 16207585.