Pelabuhan Sandakan
pelabuhan di Sandakan, Sabah, Malaysia
Pelabuhan Sandakan adalah sebuah pelabuhan yang terletak di Sandakan, Sabah, Malaysia. Dibuka sejak tahun 1979, pelabuhan ini dikendalikan oleh Sabah Ports Sdn Bhd, suatu anak syarikat milik Suria Capital Holdings Berhad.[1]
Pelabuhan Sandakan ڤلابوهن ساندقن | |
---|---|
Maklumat am | |
Jenis | Pelabuhan |
Dibuka pada | 1979 |
Laman sesawang | https://spsb.com.my/ |
Maklumat pentadbiran dan teknikal | |
Pengendali | Sabah Ports Sdn Bhd |
Bil. himpitan | 4 |
Maklumat lokasi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Sandakan, Daerah Sandakan, Bahagian Sandakan, Sabah |
Koordinat | 5°48′41.8″N 118°5′4.2″E |
Jasad air terdekat | Laut Sulu |
sunting · sunting di Wikidata |
Geografi
suntingTerletak menghadap ke Laut Sulu, pelabuhan ini merupakan salah satu pelabuhan utama yang mengeksport minyak, sagu dan tembakau.
Pembinaan
suntingPelabuhan Sandakan sebelum ini terletak berdekatan dengan pusat bandar Sandakan sejak era Borneo Utara. Ia kemudiannya dipindahkan ke kawasan Karamunting dan mula dibuka pada tahun 1979.
Pada tahun 2019, pemanjangan dermaga pelabuhan Sandakan telah siap sepenuhnya dan dipercayai dapat memacu pembangunan sektor logistik dan meningkatkan ekonomi Sandakan.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Who We Are - Introduction". Sabah Ports Sdn Bhd (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2023. Dicapai pada 27 April 2022.
- ^ Rodelio Junjun Taucan (21 Februari 2019). "PELABUHAN SANDAKAN SIAP, BAKAL PACU PEMBANGUNAN SEKTOR LOGISTIK". Borneo Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2023. Dicapai pada 27 April 2022.