Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas bertanggungjawab terhadap kesihatan di jajahan Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. PKD Pasir Mas mula beroperasi di bangunan Klinik Kesihatan Bandar (KKB) Pasir Mas sekarang di Jalan Hospital, Pasir Mas semenjak tahun 1970-an. Kini, PKD Pasir Mas telah berpindah ke bangunan baru di kawasan Hospital Pasir Mas sejak awal tahun 1997.
Visi dan misi
sunting- Visi
Pasir Mas akan wujud sebagai sebuah daerah kesihatan yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran melalui sistem kesihatan yang lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan persekitaran. Ini akan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan.
- Misi
Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan. Perkhidmatan akan diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi, bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni. Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan diberi keutamaan.
Objektif
suntingUntuk membekal perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan dan rawatan asas kepada rakyat, terutama sekali penduduk-penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan-kemudahan kesihatan dan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran sikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik dan mengelakan dari berlaku dan merebaknya penyakit-penyakit.
Senarai klinik
suntingKlinik kesihatan
sunting- KKB Pasir Mas
- KK Rantau Panjang
- KK Chekok
- KK To’Uban
- KK Kangkong (09-7943155)
- KK Tendong
- KK Meranti
- KK Gual Periok (KD naik taraf)
- KK Kubang Kual (KD naik taraf)
- KK Cherang Hangus (KD naik taraf)
Klinik desa
sunting- KD Pohon Buloh
- KD Repek
- KD Banggol Chicha
- KD Bayu Lalang
- KD Jejawi
- KD Chetok
- KD Sungai Keladi
- KD Baroh Pial
- KD Rahmat
- KD Lubok Stol
- KD Chicha Tinggi (KK Kangkong)
- KD Lati (KK Kangkong)
- KD Lubok Tapah (KK Kangkong)
- KD Pohon Tanjong
- KD Gelam Mas
- KD Bunut Susu
- KD Kasar
- KD Pangkal Kala
- KD Bukit Perah