Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pegawai Kesihatan Persekitaran ertinya seseorang yang terlatih dalam bidang kesihatan persekitaran dan peranannya termasuklah untuk mencegah risiko kesihatan persekitaran, penggalakan dan perlindungan kesihatan awam dan persekitaran dalam bidang-bidang yang berikut; kawalan penyakit, kebersihan dan keselamatan makanan, perumahan dan kesihatan persekitaran, kawalan vektor, kualiti air minuman, sanitasi air, kesiapsiagaan kecemasan dan menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam selaras dengan peranan dan fungsi sepertimana yang ditetapkan oleh Expert Committee to the World Health Organization Report No.79 atau pindaan-pindaannya.
Jawatan
suntingMalaysia
suntingSebelum kemerdekaan Malaysia, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai "Sanitary Inspector" atau "Inspector of Nuisances". Selepas merdeka nama ini ditukar menjadi "Merinyu Kesihatan Umum" sehinggalah pada tahun 1983, sempena peningkatan taraf pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran namanya ditukar menjadi Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2003, namanya ditukar menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (gred penjawat awam U29/32/36) sehingga sekarang. Pegawai Kesihatan Persekitaran pula biasanya merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42/44 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.
Pekerjaan
sunting- Pelatih keselamatan makanan
- Perancang pembangunan residensi, industri dan komersial di bandar dan di desa.
- Kawalan pest dan vektor
- Kawalan penyakit berjangkit.
- Perancang pelan kontigensi dan pengimplementasian.
- Kawalan kacau-ganggu dan bunyi bising
- Kawalan penilaian impak alam sekitar
- Kawalan mutu air minuman
- Kawalan sistem pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar bersepadu
- Kawalan pencemaran effluen, kumbahan dan habuk.
Kelayakan
suntingPelatih Inspektor kesihatan dan Kesihatan persekitaran adalah lepasan ijazah yang biasanya dikeluarkan oleh kebanyakkan negara.
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
sunting- The Royal Environmental Health Institute of Scotland
- New Zealand Institute of Environmental Health
- Chartered Institute of Environmental Health (England and Wales)
- Irish Environmental Health Officers Association (Republic of Ireland)
- International Federation of Environmental Health
- Environmental Health Australia
- Malta Association of Environmental Health Officers Diarkibkan 2017-09-11 di Wayback Machine
- Western Australia Environmental Health Officer Professional Review Board
- The Role of the Environmental Health Officer Diarkibkan 2010-01-28 di Wayback Machine
- Diploma Kesihatan Persekitaran
- http://www.kiksm.org Diarkibkan 2018-10-09 di Wayback Machine
- http://www.maeh.org.my Diarkibkan 2017-05-18 di Wayback Machine