Pegawai Daerah merupakan jawatan kakitangan tetap bagi setiap kawasan daerah di sesebuah wilayah atau negeri. Pegawai Daerah boleh dianggap sebagai wakil utama kepada pihak atasan Premier, Ketua Menteri, ataupun Menteri Besar. Ini kerana seseorang pegawai daerah adalah tonggak penting bagi melaksanakan dan meluluskan sesuatu projek-projek pembangunan kerajaan atau swasta, serta memastikan proses pentadbiran kerajaan wilayah / negeri di peringkat daerah berjalan lancar dan lebih sempurna.

Di samping itu, Pegawai Daerah juga berperanan untuk membantu dan melindungi kebajikan masyarakat setempat di kawasan daerah (corporate social responsibilities), membantu untuk menjayakan sesebuah program, majlis, atau acara yang diumumkan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta, serta mengutamakan kelestarian ekosistem semulajadi dan keharmonian masyarakat majmuk di kawasan daerah berkenaan.

Struktur organisasi bagi kawasan daerah

sunting

Pihak Pengurusan Tertinggi

sunting
  • Pegawai Daerah
  • Timbalan Pegawai Daerah
  • Ketua Setiausaha
  • Timbalan Ketua Setiausaha
  • Setiausaha Perbendaharaan
  • Pengarah Strategik Pembangunan
  • Pengarah Pentadbiran (Awam)
  • Pengarah Pentadbiran (Perkhidmatan)
  • Pengarah Operasi

Pihak Pengurusan Perbandaran

sunting
  • Pengerusi
  • Timbalan Pengerusi
  • Setiausaha
  • Timbalan Setiausaha
  • Jurutulis (Steno)
  • Pegawai Perundangan
  • Pegawai Pengurusan
  • Pegawai Kewangan
  • Ketua Bahagian
  • Ketua Pentadbir
  • Penolong Ketua Pentadbir
  • Ketua Pentadbir Maklumat
  • Ketua Bahagian Keselamatan
  • Ketua Bahagian Kawalan

Lihat juga

sunting