Pedro Rodríguez Ledesma

Spanish footballer
(Dilencongkan daripada Pedro Rodriguez Ledesma)

Pedro Eliezer Rodríguez Ledesma (Sebutan Sepanyol: [ˈpeðɾo roˈðɾiɣeð leˈðezma]; lahir 28 Julai 1987), ataupun dikenali sebagai Pedro ataupun Pedrito, merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk Lazio.

Pedro
Maklumat peribadi
Nama penuh Pedro Eliezer Rodríguez Ledesma[1]
Tarikh lahir (1987-07-28) 28 Julai 1987 (umur 37)
Tempat lahir Santa Cruz, Sepanyol
Ketinggian 1.67 m (5 ka ​5 1116 in)[2]
Posisi permainan Penyerang / Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lazio
Nombor 9
Kerjaya remaja
2003–2004 San Isidro
2004–2005 Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007 Barcelona C 70 (10)
2007–2009 Barcelona B 55 (17)
2008–2015 Barcelona 204 (58)
2015–2020 Chelsea 137 (29)
2020–2021 Roma 27 (5)
2021– Lazio 69 (13)
Pasukan kebangsaan
2008 Sepanyol B21 2 (0)
2010–2017 Sepanyol 65 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 September 2023 (UTC)

Kerjaya kelab

sunting

Barcelona

sunting

Pedro sebahagian daripada skuad utama Barcelona pada musim 2007-08. Beliau juga menjaringkan gol ketika menentang Hibernian dan New York Red Bulls pada perlawanan pramusim.

Pada musim 2008-09, Pedro bermain 14 perlawanan liga ketika Barcelona menjadi juara liga dan jumlah keseluruhan 365 minit Pedro berada di padang. Pada kempen Copa del Rey, beliau bermain ketika menentang Benidorm CF dan Atlético Madrid. Pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, beliau menggantikan Andrés Iniesta pada hujung perlawanan.

Pada 16 Ogos ketika kempen 2009-10, beliau menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-67, membantu kelabnya menang 2-1 ke atas Athletic Bilbao pada saingan Supercopa de España 2009. Seminggu kemudian, beliau melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2014 dengan bayaran mencecah £60 juta. Pada 28 Ogos 2009, selepas menggantikan Zlatan Ibrahimović pada minit ke-81, beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Barcelona ke atas FC Shakhtar Donetsk, 1-0 pada Piala Super UEFA 2009. Pada 28 September, Pedro menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara selepas menggantikan Iniesta ketika menang 2-0 ke atas Dynamo Kiev.

Pada 16 Disember, Pedro menjaringkan gol pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab menentang Atlante FC, menang 3–1. Beliau kemudian dinamakan sebagai Pemain Terbaik Mingguan oleh Goal.com selepas aksi Pedro menentang RCD Espanyol, Atlante dan Estudiantes de La Plata dari Argentina.[3]

Pada 29 November 2010 iaitu ketika musim 2010-11, beliau menjaringkan gol pertamanya ketika membelasah Real Madrid, 5-0 dan Barça kemudian naik ke tangga ke atas liga.[4] Pada bulan berikutnya, beliau menjaringkan dua gol ketika menentang Espanyol, Barca menang 5-1.

Pada 20 April 2011, Pedro menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid pada perlawanan akhir Copa del Rey tetapi gol itu dilihat offside dan Barca tewas 1-0.[5] Pada 3 Mei, ketika menentang lawan yang sama pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2010-11, beliau berjaya menyumbat masuk gol untuk memastikan seri 1-1 (agregat menang 3-1).[6] Beliau kemudian menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United, 3-1.[7]

Pada 5 Julai 2011, Pedro melanjutkan kontraknya selama setahun sehingga 2016.[8] Bayaran kontrak Pedro dilaporkan €90j sehingga €150j. Beliau bermain pada kempen 2011-12 dengan banyak kecederaan dan menjaringkan 13 gol rasmi.

Pada 21 September 2013, Pedro menjaringkan hatrik ketika menang 4-0 ke atas Rayo Vallecano.[9] Pada 16 Disember 2014, Pedro menjaringkan hatrik ketika perlawanan kedua pusingan 32 Copa del Rey menentang Huesca sambil Barcelona berpesta gol, 8-1.

Kerjaya antarabangsa

sunting

Pada 20 Mei 2010, Pedro termasuk dalam senarai 23 pemain Sepanyol yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2010 oleh pengurus Vicente del Bosque.[10] Pada 29 Mei, beliau membuat debut untuk Sepanyol ketika menang 3-2 ke atas Arab Saudi.

Pada 8 Jun 2010, ketika perlawanan persahabatan terakhir sebelum ke Afrika Selatan, Pedro menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Poland. Selain itu, beliau juga membuat hantaran kepada Fernando Torres dan Sepanyol menang 6-0. Beliau juga bermain untuk Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 menentang Belanda dan pasukannya menang 1-0. Pedro kemudian digantikan oleh Jesús Navas.

Pedro menjaringkan hatrik untuk Sepanyol pada 12 Oktober 2012 ketika menang 4-0 ke atas Belarus pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.[11]

Statistik

sunting
Sehingga 18 November 2014
Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2010 11 1
2011 4 1
2012 8 7
2013 14 4
2014 10 3
Jumlah 48 16

Gol antarabangsa

sunting
# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
8 Jun 2010 Murcia, Sepanyol   Poland
6–0
6–0
Persahabatan
2
7 Jun 2011 Puerto la Cruz, Venezuela   Venezuela
0–2
0-3
Persahabatan
3
7 September 2012 Pontevedra, Sepanyol   Arab Saudi 2–0 5–0 Persahabatan
4
5–0
5
12 Oktober 2012 Minsk, Belarus   Belarus 0–2 0–4 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
6
0–3
7
0–4
8
14 November 2012 Bandaraya Panama, Panama   Panama 0–1 1–5 Persahabatan
9
0–3
10
6 Februari 2013 Doha, Qatar   Uruguay 2–1 3–1 Persahabatan
11
3–1
12
26 Mac 2013 Saint-Denis, Perancis   Perancis
0–1
0–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
13
16 Jun 2013 Recife, Brazil   Uruguay
1–0
2–1
Piala Konfederasi FIFA 2013
14
15 Mac 2014 Madrid, Sepanyol   Itali
1–0
1–0
Persahabatan
15
8 September 2014 Valencia, Sepanyol   Macedonia Utara
5–1
5–1
Kelayakan UEFA Euro 2016
16
15 November 2014 Huelva, Sepanyol   Belarus
3–0
3–0
Kelayakan UEFA Euro 2016

Statistik kerjaya

sunting
Sehingga 13 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[12] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Barcelona 2007–08 2 0 0 0 0 0 2 0
2008–09 6 0 3 0 5 0 14 0
2009–10 34 12 4 3 9 4 5 4 52 23
2010–11 33 13 7 4 12 5 1 0 53 22
2011–12 29 5 5 4 9 4 5 0 48 13
2012–13 28 7 5 1 10 1 2 1 45 10
2013–14 37 15 8 3 7 1 2 0 54 19
2014–15 15 3 2 4 5 0 0 0 22 7
Jumlah 184 55 34 19 57 15 15 5 290 94
Jumlah kerjaya 184 55 34 19 57 15 15 5 290 94

Penghargaan

sunting
Barcelona
Barcelona B

Antarabangsa

sunting
Sepanyol

Individu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 29. Dicapai pada 13 September 2013.
  2. ^ http://www.fcbarcelona.com/football/first-team/staff/players/pedro
  3. ^ "World Player of the Week: Pedro Rodriguez – Barcelona". Goal.com. 21 December 2009. Dicapai pada 21 December 2009.
  4. ^ "Exquisite Barca crush Real". ESPN Soccernet. 29 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-12. Dicapai pada 29 November 2010.
  5. ^ "Ronaldo heads Real to victory". ESPN Soccernet. 20 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 4 May 2011.
  6. ^ "Barcelona keep Madrid at bay to reach final". UEFA.com. 3 May 2011. Dicapai pada 4 May 2011.
  7. ^ "Barça crowned as Messi and Villa see off United". UEFA.com. 28 May 2011. Dicapai pada 29 May 2011.
  8. ^ Pedro to stay at Barça until 2016 Diarkibkan 2012-08-04 di archive.today; FC Barcelona, 5 July 2011
  9. ^ "Rayo Vallecano 0–4 Barcelona: Pedro hat-trick seals Blaugrana win". Goal.com. 21 September 2013. Dicapai pada 21 September 2013.
  10. ^ "Spain omit Marcos Senna from 2010 World Cup squad". BBC Sport. 20 May 2010. Dicapai pada 20 May 2010.
  11. ^ "Plaudits take back seat for Spain striker Pedro". UEFA.com. 13 October 2012. Dicapai pada 13 October 2012.
  12. ^ Termasuk Supercopa de España, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA