Rawang masin
Rawang masin,[1] atau rawang garam,[2] juga dikenali sebagai rawang garam pesisiran atau rawang pasang surut, ialah ekosistem pesisiran di atas zon pasang surut persisiran di antara daratan dan air masin yang terbuka atau air payau yang sentiasa digenangi ketika proses air pasang. Rawang masin ini didominasi oleh tumbuhan tahan garam yang padat seperti pokok herba, rumput, atau pokok renek.[3][4] Kehadiran tumbuhan ini yang berasal daripada daratan sangat penting kerana diperlukan dalam kestabilan rawang masin dalam memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang masing juga memainkan peranan yang besar dalam siratan makanan akuatik dan sebagai penghantar nutrien ke perairan persisir pantai di samping memberikan perlindungan kepada pantai supaya garisan pantai tidak terhakis.[4]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "rawang masin". Istilah MABBIM. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ "rawang garam". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Adam, Paul (1990). Saltmarsh Ecology. New York: Cambridge University Press. ISBN 0-521-24508-7. OCLC 20217629.
- ^ a b Woodroffe, C. D. (2002). Coasts : form, process, and evolution. New York: Cambridge University Press. ISBN 0-521-81254-2. OCLC 48795910.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Rawang masin di Wikimedia Commons