Pawagam Multipleks

Multiplex adalah sebuah komplek Panggung wayang yang memiliki beberapa layar atau auditorium dalam satu bangunan. Biasanya, ia terletak di dalam bangunan yang dibina khusus untuk tujuan tersebut. Ada kalanya, bangunan sedia ada diubah suai, dengan auditorium asal dibahagikan kepada ruang yang lebih kecil atau auditorium tambahan dibina sebagai perluasan bangunan. Kompleks yang paling besar boleh menampung ribuan penonton dan sering disebut sebagai megapleks.

Megapleks biasa Teater AMC dengan 30 skrin di Ontario Mills di Ontario, California .

Kinepolis - megapleks di Sepanyol, yang dimiliki oleh Kumpulan Kinepolis Belgium, ialah panggung wayang terbesar di dunia, dengan 25 skrin dan kapasiti tempat duduk 9,200, termasuk satu auditorium 996 tempat duduk. [1] [2] [3] .Contoh multiplex di Malaysia adalah Pawagam LFS Cinemas.

Di seluruh dunia

sunting

Australia

sunting

Megapleks terbesar di Hemisfera Selatan adalah Marion MEGAPLEX dengan 26 layar, terletak di Adelaide, Australia Selatan. Pada asalnya, ia merupakan megapleks dengan 30 layar yang beroperasi di bawah jenama Greater Union, namun ia telah diubah suai untuk menambah skrin Gold Class dan V-Max, serta dijenamakan semula sebagai Event Cinemas. Auditorium ini terletak di atas Westfield Marion, pusat membeli-belah terbesar di Adelaide.

Perancis

sunting

Pawagam terbesar di Perancis termasuk UGC Ciné Cité Les Halles di Paris, dengan 27 skrin dan 3,913 tempat duduk; Kinépolis - Château du Cinéma di Lomme, yang memiliki 23 skrin dan 7,286 tempat duduk; UGC Ciné Cité Strasbourg dengan 22 skrin dan 5,275 tempat duduk; serta MK2 Bibliothèque di Paris, yang mempunyai 20 skrin dan 3,500 tempat duduk.

Di India, perkembangan pesat multipleks bermula pada pertengahan 1990-an. Rangkaian pawagam seperti PVR INOX, Mukta A2 Cinemas, Miraj Cinemas, Asia Cinemas, Cinepolis, MovieTime Cinemas, AGS Cinemas, MovieMAX, Rajhans Multiplex, dan Wave Cinemas mengendalikan multipleks di seluruh negara. Multipleks terbesar di India ialah Mayajaal di Chennai, dengan 16 skrin.

[4]Multiplex pertama di Jepun dibina oleh Warner Bros pada tahun 1993, namun, multipleks tidak muncul di luar sembilan bandar terbesar Jepun sehingga Shochiku membina Cinema World di barat Tokyo pada tahun 1995. Menjelang tahun 2000, multipleks menyumbang 44% daripada pasaran, dengan jumlah skrin di Jepun meningkat pesat dari kurang daripada 2,000 pada tahun 1998 kepada hampir 3,000 pada tahun 2001. Perkembangan ini juga mengurangkan pergantungan pada pendapatan kasar dari sembilan bandar utama, dengan lebih separuh daripada jumlah pendapatan filem di Jepun kini datang dari luar pasaran tersebut.

Malaysia

sunting

Di Malaysia, multiplex multiplex yang terkenal adalah Pawagam LFS Cinemas.. Pawagam ini dikenali sebagai Pawagam India atau Pawagam Bollywood diantara kalangan masyarakat tempatan kerana pawagam ini lebih tertumpu kepada tayangan filem Bahasa Tamil dan Hindi.

Rujukan

sunting
  1. ^ Watts, Christopher. "Mega-ambitious". forbes.com. Dicapai pada 5 April 2018.
  2. ^ Bennett, Laura (20 June 2010). "Moviegoing in the land of Almodóvar". Boston.com. Dicapai pada 5 April 2018 – melalui The Boston Globe.
  3. ^ "Fabulous Fifteen - Film Journal International". www.filmjournal.com. Dicapai pada 5 April 2018.
  4. ^ Schwarzacher, Lukas (September 16, 2002). "Screen boom stomps island". Variety. m/s. B1.