Pasukan Aturgerak Cepat
Pasukan Aturgerak Cepat (singkatan PAC) adalah sebuah formasi tentera yang mampu mengatur gerak pasukannya dengan pantas. Pasukan tersebut lazimnya terdiri daripada unit-unit elit tentera (pasukan operasi khas, askar payung terjun, askar marin, dll.) dan biasanya dilatih pada intensiti yang lebih tinggi daripada tentera negara mereka yang lain. Mereka biasanya mendapat keutamaan dari segi peralatan dan latihan untuk mempersiapkan mereka dengan misi mereka. Pasukan Tindak Balas Pantas (Quick Response Force, QRF) tidak boleh dikelirukan dengan Rapid Deployment Forces (AS), atau Rapid Response (NATO). QRF adalah unit yang paling kerap bertindak terhadap isu-isu tempatan atau kawasan didalam bidang kuasa mereka, sebagai contoh Pengawal Kebangsaan, militia, Kerahan Depan, pasukan separa tentera, dll.
Pasukan aturgerak cepat di kebanyakan angkatan tentera digunakan untuk pengerahan diluar sempadan negara mereka. Divisyen Ke-82 Airborne dan Rejimen Ke-75 Renjer Tentera Darat AS adalah contoh Pasukan Aturgerak Cepat. Kedua-dua unit mempunyai misi tempur yang "Berangkat" (dalam perjalanan dengan pesawat) dalam tempoh 18 jam dari arahan eksekutif. Kedua-dua unit mempunyai keupayaan "Serangan Berkuasa" kedalam sesuatu wilayah untuk menawan dan memegang sasaran utama, sebagai contoh zon pendaratan (Drop Zone, DZ), lapangan terbang, untuk menampung pasukan susulan. Satu contoh yang baik adalah Operasi Urgent Fury. Anggota renjer berada di pangkalan awal di Barbados dalam masa kurang 18 jam dari arahan diikuti oleh Divisyen Ke-82 Airborne. Nama Pasukan Aturgerak Cepat sering dikaitkan dengan Marin AS. Kor Marin AS ditempatkan diseluruh dunia atas kapal-kapal, diluar pantai wilayah-wilayah bermasalah dan sentiasa bersiap sedia. Status misi itu biasanya menempatkan mereka dalam kategori "Kerahan Depan" dengan cara yang sama seperti Divisyen Ke-2 Infantri di Republik Korea (ROK) ialah kerahan depan di DMZ.
Contoh PAC
suntingContoh-contoh Pasukan Aturgerak Cepat termasuklah:
- UNPROFOR Pasukan Tindak Balas Cepat, terdiri daripada TF Alpha, TF Bravo, dan Briged Ke-24 Gerak Udara pada tahun-tahun terakhir Perang Bosnia 1992–95.
- Matlamat Utama Helsinki Pasukan Katalog
- Grup Tempur Kesatuan Eropah
- Pasukan Tindak Balas NATO
- Kor Aturgerak Cepat NATO – Itali
- Kostrad, Kor Marin Indonesia
- Pasukan Aturgerak Cepat Argentina (FDR)
- Pasukan Aturgerak Cepat (FUDRA)
- Pasukan Aturgerak Cepat Finland (FRDF)
- Pasukan Kesiagaan Pusat
- 10 Briged Para
- / Divisyen Pasukan Pantas
- Kor Marin Belanda
- Batalion Telemark Norway
- Briged Tindakan Cepat
- / Pasukan Airborne (VDV)
- Pengawal Singapura
- Briged Gerak Udara
- Rejimen Ke-31 Infantri, Pengawal Raja
- Pasukan Tindakan Cepat Bersama
- Unit Ekspedisi Marin[1]
- Kor XVIII Airborne
- Askar Renjer Amerika Syarikat
- Pasukan Aturgerak Cepat Mesir[2]
Lihat juga
sunting
Rujukan
sunting- ^ What is a MEU? Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine 22nd MEU website
- ^ http://www1.youm7.com/News.asp?NewsID=1576429