Pasir jerlus merupakan koloid hidrogel yang mengandungi bahan yang berbutir halus (seperti pasir atau kelodak), tanah liat dan air masin.

Pasir jerlus ialah bendalir bukan-Newton apabila tidak diganggu ia selalunya muncul sebagai pepejal (seperti "gel") tetapi gangguan kecil (kurang daripada 1%) akan mengubah tekanan pasir jerlus dan menyebabkan penurunan kelikatannya.

Bila ia terjadi

sunting

Pasir jerlus terjadi apabila air membasahi kawasan di mana keadaan pasir agak longgar sehinggakan pasir tersebut bergerak-gerak. Semasa air itu terperangkap dalam kumpulan pasir tersebut, ia membentuk pasir cair yang tidak mampu menampung berat lagi. Terdapat dua situasi yang memungkinkan pasir jerlus berlaku iaitu:

Kawasan yang terdedah kepada pasir jerlus Keterangan
Air bawah tanah yang mengalir Tarikan air yang mengalir ke atas yang melawan tarikan graviti menyebabkan butir-butir pasir untuk menjadi lebih mengapung.
Gempa bumi Tarikan tanah yang bergegar boleh meningkatkan tekanan air bawah tanah yang cetek di mana pasir dan kelodak yang mencair menjadi mendap. Permukaan yang mencair tersebut hilang kekuatannya menyebabkan bangunan dan objek lain atas permukaan tersebut tenggelam atau mendap ke bawah.

Pasir jerlus biasanya terjadi di kawasan yang agak lemah tanahnya seperti mata air, sepanjang tebing sungai, sekitar tasik, kawasan paya atau di persisiran pantai.

Pautan luar

sunting
  • (Inggeris) "What is quicksand?". Scientific American. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • (Inggeris) Howstuffworks.com: "Bagaimana pasir jerlus terjadi"
  • (Inggeris) Fiksyen tentang pasir jerlus