Parti Punjabi Malaysia
Parti Punjabi Malaysia atau Punjabi Party of Malaysia (PPM) ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 1986[3] tetapi hanya dapat didaftarkan pada 2003[4] untuk menjaga kepentingan golongan minoriti masyarakat Sikh keturunan Punjabi sebagai suku kecil dalam kaum India di Malaysia.[2] Ia telah berusaha menarik lebih ramai orang Punjabi dari masyarakat Sikh untuk menjadi ahli terutama golongan profesional muda yang berpengalaman di dalam politik dan membantu mereka mendaftar sebagai pengundi.[5][6]
Parti Punjabi Malaysia | |
---|---|
Pemimpin | Gurjeet Singh Rhande[1] |
Pengasas | Jeswant Singh[2] |
Ditubuhkan | 1986 |
Ibu pejabat | Parti Punjabi Malaysia, Tingkat 3, Bangunan TWU, Box 'C' 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor. |
Warna | Biru |
Laman sesawang | |
www |
Parti Punjabi Malaysia secara tidak langsung menyokong gabungan Barisan Nasional walaupun bukan parti komponennya namun berharapan tinggi agar dapat menyertainya.[7] Pada 28hb. Februari 2014, akhirnya Parti Punjabi Malaysia (dan NGO Persatuan India Malaysia) telah diterima sebagai parti komponen kepada Barisan Nasional.[1]
Presiden
suntingRujukan
sunting- ^ a b c "Punjabi party joins BN". New Straits Times. 2 Mac 2014. Dicapai pada 5 Mac 2014.
- ^ a b c "MALAYSIAN PUNJABI PARTY GETS FIRST WOMAN PRESIDENT". DNA India. 3 May 2010. Dicapai pada 27 April 2016.
- ^ Patrick, Sennyah (2002-11-10). "Parti Punjabi willing to wait for admission into BN". New Straits Times. The New Straits Times Press (M) Berhad. Dicapai pada 2008-06-24. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "Parti Punjabi forced to amend constitution". New Straits Times. The New Straits Times Press (M) Berhad. 2002-10-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-01. Dicapai pada 2008-06-24. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Parti Punjabi seeks members, 05-10-2003, New Straits Times". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-11. Dicapai pada 2010-04-23.
- ^ Parti Punjabi forced to amend constitution, 22 Oktober 2003, Emerging Markets Datafile, NEW STRAITS TIMES- MANAGEMENT TIMES.
- ^ Party calls on Punjabis to give Abdullah strong mandate, 12 Mac 2004, New Straits Times, The America's Intelligence Wire.
- ^ Deborah Loh (12 Mei 2010). "Punjabi party wants in". Exclusives. The Nut Graph. Dicapai pada 21 Dis 2010. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)