Parti Pembebasan Kebangsaan Islam
Parti Pembebasan Kebangsaan Islam (Arab: حزب الخلاص الوطني الإسلامي ) ialah bekas sebuah parti politik di Palestin. Ia diluluskan penubuhan pada 18 November 1995 di bawah Pihak Berkuasa Palestin[1] dan diumumkan penubuhannya pada Disember 1995 oleh Gerakan Perjuangan Islam (Hamas).[2] Ia ditubuhkan secara rasmi pada Mac 1996[3] dan menjadi parti pembangkang dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Oslo.[4] Ia diketuai oleh pemimpin kanan Hamas, Ismail Abu Shanab[5] dan Yahya Musa sebagai setiausaha agung.[6] Ia dibubarkan secara tidak langsung pada 2000, berikutan Intifada kedua.[7]
Parti Pembebasan Kebangsaan Islam حزب الخلاص الوطني الإسلامي | |
---|---|
Singkatan | Khalas (Pembebasan) الخلاص |
Pemimpin | Ismail Abu Shanab (Presiden pengasas) Yahya Musa (Setiausaha agung) |
Ditubuhkan | Disember 1995 |
Dibubarkan | 2000 |
Akhbar | Al-Risalah |
Sayap wanita | Jabatan Tindakan Wanita |
Ideologi | Islamisme |
Penggabungan kebangsaan | Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) |
Slogan | Kebenaran, Kesatuan, Pembebasan |
Politik Palestin Parti politik Pilihan raya |
Parti ini membawa pendekatan berbeza daripada pendekatan biasa Hamas yang lebih menonjol dalam ketenteraan.[5] Parti ini mempunyai akhbar rasmi berjudul Al-Risalah.[8]
Rujukan
sunting- ^ "Hamas and the Peace Process" (PDF). Dicapai pada 9 November 2023.
- ^ "Islamist Women of Hamas: Between Feminism and Nationalism". Dicapai pada 9 November 2023.
- ^ "مستشار هنية الأسبق يدعو حماس إلى تأسيس حزب سياسي جديد". وكالة وطن للأنباء (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2023-11-09.
- ^ "Party define". web.archive.org. 2007-11-01. Dicapai pada 2023-11-09.
- ^ a b "Ex-Hamas Group Forms Nonviolent Party With Arafat Backing". NYTimes. 22 Mac 1996. Dicapai pada 9 November 2023.
- ^ "حوارات القاهرة ".. هل تُشكل مدخلاً لإعادة تفعيل منظمة التحرير؟". فلسطين أون لاين (dalam bahasa Arab). 2017-11-22. Dicapai pada 2023-11-09.
- ^ "مستشار هنية الأسبق يدعو "حماس" إلى تأسيس حزب سياسي جديد". Dicapai pada 9 November 2023.
- ^ "From the Mosque to Satellite Broadcasting: A Historical Perspective of Hamas Media Strategy" (PDF). Dicapai pada 9 November 2023.