Parti Pembangunan Bangsa
Parti Pembangunan Bangsa (Tulisan jawi: فرتي فمباغونن بغسا , Bahasa Inggeris: National Development Party) atau NDP adalah sebuah parti politik di Brunei yang berpegang pada falsafah kebangsaan negara Brunei, Melayu Islam Beraja. Meskipun sah didaftarkan sebagai parti politik di Brunei, ia tidak dapat memperoleh perwakilan di dewan kerana pilihan raya belum diadakan di Brunei sejak tahun 1962. NDP merupakan parti politik tunggal yang beroperasi secara sah di Brunei ketika ini. NDP merupakan anggota Persidangan Pendukung Monarki Antarabangsa[1].
Parti Pembangunan Bangsa | |
---|---|
Nama Tulisan Cina | 文莱国家发展党 Wénlái guójiā fāzhǎn dǎng |
Nama Tulisan Jawi | فرتي فمباغونن بغسا |
Nama Tulisan Tamil | புரூனி தேசிய மேம்பாட்டுக் கட்சி Purūṉi tēciya mēmpāṭṭuk kaṭci |
Nama Bahasa Inggeris | National Development Party |
Pemangku Presiden | Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib |
Setiausaha Agung | Ahmad Bin Hj Timpus |
Ketua Himpunan Wanita | Sherpor Aiffah binti Abdul Ghapor Sherbini |
Ketua Himpunan Non-Muslim | Mantar bin Perayam |
Ketua Himpunan Pemuda | Sofian bin Taha |
Pengasas | Muhammad Yassin Affandi |
Diasaskan | 31 Ogos 2005 |
Ibu pejabat | Simpang 323 Jerudong, Sengkurong, Brunei-Muara |
Sayap belia | Himpunan Pemuda |
Media Rasmi | Aspirasi Aspiration |
Radio Rasmi | Rumpun Suara |
Sayap Wanita | Himpunan Wanita |
Ideologi | Melayu Islam Beraja |
Agama | Islam |
Penggabungan antarabangsa | Persidangan Pendukung Monarki Antarabangsa |
Laman sesawang | |
Official website | |
Politik Brunei Parti politik Pilihan raya |
Penubuhan
suntingParti ini ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2005[2] oleh bekas pemberontak yang juga merupakan bekas pemimpin Parti Rakyat Brunei yang telah diharamkan, Haji Mohamad Yasin bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Muhammad Yassin Affandi[3]. Ia ditubuhkan sebagai menyahut titah Sultan Brunei Darussalam pada 15 Julai 2004 yang telah memberi isyarat membuka ruang kepada rakyat untuk menyertai pembangunan politik di Brunei[4].
Asas penubuhan parti ini telah diterjemahkan dalam bahagian Muqadimah Perlembagaan parti yang menyebut:
Bahawa dengan sesungguhnya,
Demi kesedaran untuk menyokong dan membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan dalam mengekalkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu, Islam, Beraja dan Demokratik sebagaimana yang telah diamanatkan oleh baginda melalui titah pemasyhuran kemerdekaan pada 01 Januari 1984;
Demi menunaikan tanggungjawab untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (baldatun thayyibatun wa rabbun ghafuur);
Demi mendukung prinsip keadilan dan ihsan (al ‘adli wal ihsan) yang menjadi amalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam;
Maka dengan ini diisytiharkan penubuhan dan kewujudan sebuah organisasi yang diberi nama “Parti Pembangunan Bangsa.”
Presiden parti
sunting# | Nama | Mula khidmat | Tamat khidmat |
---|---|---|---|
1 | Muhammad Yassin Affandi (Pengerusi Penaja)
(Meninggal Dunia 18 Julai 2012) |
31 Ogos 2005 | April 2006 |
(1) | Muhammad Yassin Affandi
(Meninggal Dunia 18 Julai 2012) |
April 2006 | Februari 2009 |
Februari 2009 | Ogos 2010 | ||
2 | Awang Mahmud Morshidi bin Awang Othman (Pemangku) | Ogos 2010 | 2012 |
(2) | Awang Mahmud Morshidi bin Awang Othman | 2012 | 2015 |
3 | Haji Malai Hassan bin Haji Malai Othman | 2016 | Disember 2018 |
Disember 2018 | November 2019 | ||
4 | Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib (Pemangku) | November 2019 | Penyandang sehingga 2021 |
Rujukan
sunting- ^ IMC MEMBERS Conférence Monarchiste Internationale
- ^ Brunei's monarch allows new political party The Star
- ^ Tom Lansford (2017) Political Handbook of the world 2016-2017 California, AS: SAGE Publications, m/s 198
- ^ http://mutiarandp.blogspot.com/2015/01/ucapan-presiden-jawatankuasa-penaja_10.html