Parti Pekerja Korea

Parti Pekerja Korea (Korea: 조선로동당 Chosŏn Rodongdang) ialah sebuah parti politik yang memerintah Republik Demokratik Rakyat Korea (atau Korea Utara). Ia merupakan parti berkeanggotaan terbesar dalam Perhimpunan Rakyat Agung negara tersebut. secara de jure dengan dua parti kecil lain yang membentuk suatu gagasan bernama Barisan Demokratik Menyatukan Tanah Air. Ia juga mengawal Tentera Rakyat Korea, angkatan bersenjata negara tersebut.

Bendera Parti Pekerja Korea

Parti ini diisytiharkan sebagai suatu kelompok haram menurut Akta Keselamatan Negara Korea Selatan, malah turut disekat Australia, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[1]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting