Parti Kerjasama Anak Negeri

(Dilencongkan daripada Parti Kerjasama Rakyat Sabah)

Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) atau dalam bahasa Inggeris: Native Co-operative Party adalah sebuah parti politik di Malaysia yang fokus kepada Negeri Sabah. Anak Negeri memperjuangkan Agenda 5 Perkara.

Parti Kerjasama Anak Negeri
Native Co-operative Party
ANAK NEGERI
SingkatanANAK NEGERI
PresidenDatuk Henrynus Amin
Setiausaha agungMilkusin Abdillah
Timbalan PresidenTerence Tsen
PengasasZainal Bin Haji Nasirudin
Ditubuhkan01 November 2013
Disahkan11 November 2013
Dibubarkan-
Ibu pejabatKota Kinabalu, Sabah
Akhbar-
Sayap belia-
Penggabungan kebangsaan[[]]
Penggabungan antarabangsa-
WarnaBlue, White, Red
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
0 / 114
Laman sesawang
-
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
-


1. Memperjuangkan kesatuan, hak dan maruah rakyat Sabah khusus masyarakat orang asal (Anak Negeri) Sabah

2.Memperjuangkan kedaulatan dan hak kemerdekaan untuk Negeri Sabah seperti termaktub dalam IGC Report 1962, Perjanjian Malaysia 1963, Batu Sumpah Keningau 1964 dan juga Perlembagaan Malaysia 1963.

3. Memperjuangkan keselamatan Negeri Sabah khusus menangani perubahan demografi politik dan sekali gus ancaman keselamatan disebabkan kehadiran sejuta pendatang asing dan kewujudan sindiket pemalsian IC

4. Memperjuangkan pembangunan sosio ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah khusus pembasmian kemiskinan dan pengujudan peluang2 pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat belia Sabah.

5. Memperjuang hak asasi rakyat Sabah khusus hak kebebasan beragama serta silaturahum dan semangat toleransi antara kaum dan agama yang sedia wujud di Sabah

Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) telah dijenamakan semula sebagai Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) pada tahun 2017 dan telah bertanding dalam Pilihanraya Umum Negeri Sabah tahun 2018 dan juga 2020. Sebagai parti baru, semua calon2 Anak Negeri tewas.

Anak Negeri sebelum ini PAKAR ingin bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 tetapi pendaftarannya hanya diluluskan oleh ROS pada hujung bulan November 2013.

Sejak tahun PRNS 2020, Anak Negeri bergerak bersendirian sebagai parti pendesak politik dengan menyuarakan isu2 rakyat dan menpromosi perjuangan parti melalui akhbar dan media sosial.

Anak Negeri setakat ini tidak menyertai mana2 Gabungan politik. Ianya akan menyusun semula kepimpinan Parti semua peringkat dan juga menubuhkan Cawangan2 baru tahun hadapan.

Anak Negeri kemungkinan akan menurunkan calon2 dalam Pilihanraya Negeri Sabah 2025. [1][2]. Pada Pilihanraya Umum Ke-14 2018, calon-calon Parti Kerjasama Anak Negeri buat kali pertama bertanding di beberapa kerusi Parlimen dan kerusi DUN Sabah.

Lihat juga

sunting

Pautan Luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Bernama (2 September 2013). "ROS approves 20 new political parties". fz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-09. Dicapai pada 9 April 2016.
  2. ^ NURUL AIN MOHD HUSSAIN (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.