Parti Impian Sabah

Parti Impian Sabah (Singkatan: IMPIAN / P.I Sabah) atau dalam bahasa Inggeris: Sabah Dream Party merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang berfokuskan kepada Negeri Sabah.[2] Parti Impian Sabah adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh usahawan dan ahli politik, Ybhg Michel Alok pada tahun 2023, sekaligus dibenarkan untuk beroperasi sebagai parti politik oleh JPPM/RoS pada hujung tahun 2023. Beliau telah menubuhkan parti ini dengan tujuan menjadi pilihan parti tempatan alternatif untuk rakyat di Sabah.[3][4][5][6][7]

Parti Impian Sabah
Sabah Dream Party
(THE HOPE)
SingkatanIMPIAN / P.I Sabah
PresidenYbhg Michel Alok
Timbalan PresidenKuota Muslim
Timbalan PresidenKuota Non-Muslim
Timbalan PresidenKuota Lain-Lain
PengasasYbhg Michel Alok
Ditubuhkan14 Disember 2023[1]
Ibu pejabatIbu Pejabat Parti Impian Sabah, 21, Lorong Sibuga Jaya, 90000, Sandakan, Sabah
AkhbarParti Impian Sabah Media Team
BULETIN IMPIAN
WarnaCyan, Blue, White, Red, Purple
Slogan"Bersatu Bangkit Bersinar Untuk Sabah"
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
0 / 73
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
https://partiimpiansabah.org/
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
Boleh ketahui lebih lanjut tentang parti politik ini di laman sesawang rasmi Parti Impian Sabah.[1]

Sejarah

sunting

Parti ini ditubuhkan pada tahun 2023 dan beroperasi secara rasmi sebagai parti politik di bawah Akta Pertubuhan 1966 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada akhir Disember 2023. Usahawan dan ahli politik, Ybhg Michel Alok merupakan penaja utama dan pengasas Parti Impian Sabah.[8][9] Pada 1 Jun 2024, 6 ketua bahagian Parti Impian Sabah telah rasmi diberi watikah pelantikkan di kawasan Pantai Timur Sabah.[10]

Lihat juga

sunting

Parti serupa:

Pautan Luar

sunting

Laman Sesawang Rasmi

Media Sosial Parti Impian Sabah

Rujukan

sunting