Papirus Ani
Rencana ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. (November 2012) |
Papirus Ani ialah sebuah lembaran manuskrip papirus dengan hieroglif kursif dan ilustrasi berwarna yang dibuat sekitar tahun 1250 SM, semasa Dinasti Kesembilan Bleas Kerajaan Baru Mesir purba. Orang Mesir yang tertentu dibuatkan buku khas selepas mereka meninggal dunia, dipanggil Kitab Mara demi Hari, lebih dikenali lagi sebagai Kitab Orang Mati, dan biasanya mengandungi pengisytiharan dan mantera untuk membantu si mati di hidup selepas mati. Papirus Ani ialah manuskrip yang disusun untuk seorang jurutulis dari Thebes bernama Ani; ia kini berada di Muzium British.
Papirus Ani | |
---|---|
Bahan | Papirus |
Saiz | Panjang: 67 cm (26 in) (bingkai)
Lebar: 42 cm (17 in) (bingkai) |
Tulisan | Hieroglif |
Dicipta | ~1250 SM |
Tempoh/budaya | Dinasti ke-19 |
Tempat | Makam Ani |
Lokasi sekarang | Muzium British, London |
Identifikasi | 10470,3 |
Pendaftaran | 1888,0515.1.3 |
Lembaran itu ditemui di Luxor pada tahun 1888 oleh orang Mesir yang menjual barang antik haram. Ia diperoleh oleh EA Wallis Budge, seperti yang diterangkan dalam autobiografinya By Nile and Tigris. Tidak lama selepas Budge mula-mula melihat papirus itu, polis Mesir menangkap beberapa peniaga barang antik dan menutup rumah mereka—salah sebuah menyimpan barang-barang yang Budge beli daripada peniaga itu. Budge mengalihkan perhatian polis-polis dengan mempelawa mereka makan sementara peniaga-peniaga itu menggali terowong di bawah dinding rumah itu dan ambil barangan mereka, termasuk Papirus Ani. Disimpan dalam beberapa kotak timah khas, papirus dan objek-objek lain yang Budge peroleh kemudiannya diseludup kepada pustakawan utama di Muzium British.[1]
Budge kemudiannya dibayar "ganjaran" 150GBP daripada Perbendaharaan British bagi pihak Muzium British kerana memperoleh papirus itu.[2]
Ia dianggap contoh Kitab Orang Mati yang terbaik yang masih wujud.
Kandungan
suntingBahagian | Seksyen | Tajuk |
---|---|---|
01 | 16 | Lagu puji-pujian |
02 | 36 | Pujian Khert-Neter |
03 | 08 | Tujuh Arits |
04 | 10 | Tonggak-tonggak Rumah Osiris |
05 | 05 | Ucapan-ucapan |
06 | 22 | Salam Thoth |
07 | 32 | Koleksi Bab 1 |
08 | 20 | Penghormatan |
09 | 19 | Pelbagai (Lagu pujian, Sembah, Hormat, Bab, Rubrik) |
10 | 18 | Koleksi Bab 2 |
11 | 20 | Teks Dewan Pengebumian |
- Catatan: Pembahagian berbeza antara kitab-kitab lain; Seksyen ialah kumpulan ayat-ayat yang berkaitan; Tajuk bukan berasal daripada teks.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ By Nile and Tigris : a narrative of Journeys in Egypt and Mesopotamia on behalf of the British Museum between the years 1886 and 1913 by Budge, E. A. Wallis (Ernest Alfred Wallis), Sir, 1857-1934, pp. 136–137, 143–149
- ^ By Nile and Tigris : a narrative of Journeys in Egypt and Mesopotamia on behalf of the British Museum between the years 1886 and 1913 by Budge, E. A. Wallis (Ernest Alfred Wallis), Sir, 1857-1934, p.335
Bacaan lanjut
sunting- The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going Forth by Day, The First Authentic Presentation of the Complete "Papyrus of Ani", Pengenalan dan ulasan oleh Dr. Ogden Goelet, Terjemahan oleh Dr. Raymond O. Faulkner, Prakata oleh Carol Andrews, Menampilkan Teks Bersepadu dan Imej Warna Penuh, (Chronicle Books, San Francisco) c1994, Rev. ed. c1998. Mengandungi: Kunci Peta kepada Papirus, Ulasan oleh Dr. Ogden Goelet, Bibliografi Terpilih dan "Glosari Terma dan Konsep"
- Mesir Abadi: Karya Seni Purba dari Muzium British, Edna Russmann
- The Egyptian Book of the Dead: (The Papyrus of Ani), (Dover Ed., New York), c1895, Dover ed. , 1967. Transliterasi dan Terjemahan Teks Mesir, Pengenalan, dsb. oleh Sir EAWallis Budge
- Faksimili: Papirus Ani: Akademische Druck- u. Verlagsanstalt (ADEVA), Graz 1978. Edisi faksimili berwarna lengkap bagi 37 segmen papirus dalam saiz asal (lebih kurang 24 x 0.38 m); saiz purata segmen 380 x 700 mm. Ulasan ilmiah (dalam bahasa Jerman): E. Dondelinger, Koblenz. Edisi faksimili ini tersedia sama ada dalam portfolio (= edisi standard) atau dalam bekas buku yang boleh digunakan sebagai meja (= edisi khas) - CODICES SELECTI, Vol. LXII
Pautan luar
sunting- Papirus Ani; pengeluaran semula dalam faksimili oleh Budge, EAW dalam tiga jilid.
- Vol. 1 (analisis pengenalan).
- Vol. 2 (transkripsi dan terjemahan).
- Vol. 3 (pengeluaran semula faksimili).
- Kitab Orang Mati Mesir.