Papan tanda lalu lintas
Papan tanda lalu lintas atau isyarat lalu lintas[1] ialah papan tanda yang dipasang di tepi atau di atas jalan raya bagi memberi arahan, panduan atau maklumat kepada para pengguna jalan raya. Isyarat-isyarat terawal ialah tanda jalan kayu atau batu yang ringkas. Kemudiannya, papan tanda dengan lengan arah diperkenalkan, contohnya tiang panduan di United Kingdom dan tanda jalan di Saxony.
Dengan jumlah lalu lintas meningkat sejak 1930-an, banyak negara menerapkan papan-papan tanda bergambar atau dipermudahkan dan diseragamkan bagi mengatasi halangan bahasa untuk mempertingkat keselamatan. Papan tanda bergambar menggunakan simbol-simbol (biasanya berbentuk bayang) untuk menggantikan perkataan dan biasanya berdasarkan protokol antarabangsa. Papan-papan tanda jenis ini mula dibangunkan di Eropah dan diterima pakai oleh kebanyakan negara pada tahap yang berbeza-beza.
Konvensyen antarabangsa
suntingKonvensyen-konvensyen antarabangsa seperti Konvensyen Vienna mengenai Papan Tanda dan Isyarat Jalan telah membantu mencapai suatu tahap keseragaman dalam isyarat lalu lintas di pelbagai negara.[2] Negara-negara juga secara sehala (sedikit sebanyak) mengikuti konvensyen negara lain untuk mengelakkan kekeliruan.
Lalu lintas kereta api
suntingLalu lintas kereta api biasanya mempunyai banyak perbezaan di antara negara dan selalunya tidak banyak persamaan dengan papan tanda jalan. Lalu lintas ini dikendalikan oleh pemandu profesional atau sistem kawalan berpusat.[3]
Rujukan
sunting- ^ "Carian: traffic sign". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 11 Februari 2023.
- ^ "Traffic Signs Manual - Chapter 1" (PDF). Jabatan Pengangkutan (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Alat Tulis. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Julai 2019. Dicapai pada 11 Februari 2023.
- ^ J.B. Calvert (29 Mei 1999). "Centralized Traffic Control" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2012. Dicapai pada 11 Februari 2023.