Pantang larang atau tabu (bahasa Inggeris: taboo dipinjam dari Bahasa Samoa: tapu) merupakan larangan keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib.[1][2] Larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat.[1] Erti pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama. "Melanggar pantang larang" itu lazimnya dikecam oleh masyarakat pada umumnya, tidak sekadar sebahagian dalam budaya.

Contoh

Sigmund Freud berhujah bahawa sumbang mahram dan bunuh bapa merupakan dua-duanya pantang larang sejagat yang membentuk asas tamadun.[3] Bagaimanapun, sungguhpun kanibalisme, pembunuhan saudara, dan sumbang mahram adalah pantang dalam kebanyakan masyarakat, namun kaji selidik masa kini mendapati pengecualian untuk setiap satu kelakuan itu, maka tidak satu pun pantang larang yang diakui benar-benar sejagat pada masa kini.[4][5][6][7][8][9][10][11]

Antara pantang larang yang utama adalah sekatan atau kawalan istiadat terhadap pembunuhan dan pemburuan; persetubuhan dan kelakuan sumbang (terutamanya sumbang mahram, nekrofilia, misegenasi, zina, pedofilia, homoseksual, kahwin campur, dan onani); pembiakan (pengguguran, bunuh bayi); si mati dan kuburnya; makan minum (terutamanya kanibalisme dan hukum pemakanan seperti amalan vegetarianisme, kashrut, dan halal); serta fungsi badan (terutamanya kitaran haid, bahkan juga perkumuhan).

Fungsi

Para ahli teori komunis dan materalis berhujah bahawa pantang larang boleh digunakan untuk mendedahkan sejarah masyarakat yang tidak terdapat dalam sumber bertulis.[12]

Kemodenan

Kebangkitan rationalisme dan sains telah mengurangkan potensi banyak pantang larang zaman dahulu dalam kebudayaan moden. Di negara Barat khususnya, masyarakat secara terbuka membincangkan dan menyelami hal-hal yang dahulunya pantang keseksualan dan pengguguran kandungan. Peningkatan dalam kefahaman telah membolehkan masalah perubatan seperti sawan, kecacatan lahir, dan penyakit sebaran seks untuk dilayan secara lebih analitis daripada dahulu.

Bagaimanapun, perubahan dalam adat dan peraturan sosial turut membentuk pantang larang baru seperti larangan ke atas perhambaan; pengiraan efebofilia dalam pedofilia;[13] larangan terhadap arak, rokok, atau dadah; serta penggunaan kata-kata lembut untuk mengelakkan pelbagai bentuk diskriminasi.

Sumbang mahram itu sendiri pun diheret ke kedua-dua belah, yang mana sesetengah pihak hendak mengharuskan hubungan bebas sesama dewasa tanpa mengira tahap tali persaudaraan[14] (terutamanya di Eropah[15][16]) sementara yang lain pula meluaskan tahap hubungan terlarang (terutamanya di Amerika Syarikat[17]).

Masyarakat berbilang budaya masa kini telah menetapkan beberapa pantang larang yang berakar-umbikan ketidakadilan dan kesan mudarat yang tampak terhadap sejarah moden, terutama sekali neokolonialisme. Tribalisme (cth. etnosentrisme dan nasionalisme) serta prasangka (rasisme, seksisme, faham pelampau agama) ditentang secara refleksif dari masa ke semasa biarpun betapa tinggi pengorbanan untuk menampung masyarakat jamak dari segi kepercayaan dan perpaduan.[18]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Encyclopædia Britannica Online. "Taboo." Encyclopædia Britannica Inc., 2012. Accessed 21 Mar. 2012
  2. ^ Merriam-Webster's Online Dictionary, 11th Edition. "Taboo."
  3. ^ Freud, Sigmund. Totem and Taboo.
  4. ^ Jones, Ashley. "Incest in Ancient Egypt" (PDF).
  5. ^ Strong, Anise (2006). "Incest Laws and Absent Taboos in Roman Egypt". Ancient History Bulletin. 20.
  6. ^ Lewis, N. (1983). Life in Egypt under Roman Rule. Clarendon Press. ISBN 0-19-814848-8.
  7. ^ Frier, Bruce W.; Bagnall, Roger S. (1994). The Demography of Roman Egypt. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 0-521-46123-5.
  8. ^ Shaw, B. D. (1992). "Explaining Incest: Brother-Sister Marriage in Graeco-Roman Egypt". Man, New Series. 27 (2): 267–299. JSTOR 2804054.
  9. ^ Hopkins, Keith (1980). "Brother-Sister Marriage in Roman Egypt" (PDF). Comparative Studies in Society and History. 22 (3): 303–354. doi:10.1017/S0010417500009385. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-03. Dicapai pada 2013-09-25.
  10. ^ remijsen, sofie. "Incest or Adoption? Brother-Sister Marriage in Roman Egypt Revisited" (PDF).
  11. ^ Scheidel, W. "Brother-sister marriage in roman Egypt" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-02. Dicapai pada 2013-09-25.
  12. ^ Marta Dyczok; Oxana Gaman-Golutvina (2009). Media, Democracy and Freedom: The Post-Communist Experience. Peter Lang. m/s. 209. ISBN 978-3-0343-0311-8.
  13. ^ S. Berlin, Frederick. "Interview with Frederick S. Berlin, M.D., Ph.D." Office of Media Relations. Dicapai pada 2008-06-27.
  14. ^ Johann Hari (2002-01-09). "Forbidden love". The Guardian. Dicapai pada 2008-04-11. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Hipp, Dietmar (2008-03-11). "German High Court Takes a Look at Incest". Der Spiegel. Dicapai pada 2008-04-12. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  16. ^ DONALDSON JAMES, SUSAN. "Professor Accused of Incest With Daughter". ABC Nightline. Dicapai pada 29 November 2011.
  17. ^ Joanna Grossman, Should the law be kinder to kissin' cousins?
  18. ^ Putnam, Robert D. "E Pluribus Unum: Diversity and Community in the Twenty-first Century -- The 2006 Johan Skytte Prize". Scandinavian Political Studies. 30 (2), June 2007.
Sumber utama