Pantai Sarina merupakan satu pantai yang terletak di daerah Kunak yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan sejak 1970-an lagi. Ia terletak tidak sampai 7 km dari pusat pekan Kunak. Salah satu tarikan yang ada di Pantai Sarina ini ialah kewujudan tinggalan batuan gunung berapi yang mana dipercayai terhasil dari muntahan Gunung Mostyn jutaan tahun yang lalu. [1]

Pantai Sarina dikatakan mendapat namanya sempena dari Lagenda Puteri Sarina yang amat sinonim dengan masyarakat setempat, bahkan dikatakan pusara Puteri Sarina juga masih terdapat dikawasan itu.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Pelancongan & Rekreasi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-14. Dicapai pada 2017-08-14.

Pautan luar

sunting